Please update your Flash Player to view content.

Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel
Previous Next
Yuran Persatuan

borangahli2borangahli2borangahli2Yuran Pendaftaran 

Yuran Masuk   RM 10.00 sahaja

Yuran Tahunan RM 15.00 sahaja

 

Sila dapatkan borang permohonan keahlian daripada Bahan Rujukan

Read more
Jualan Produk Persatuan

Persatuan dalam prosess untuk menyediakan bahan ilmu falak syar'i untuk ahli dan peminat ilmu falak.

Read more
Cara Mendaftar

Cara Mendaftar Sebagai Ahli Persatuan PFSM

 Sila Klik DiSini untuk mendaftar

Read more
HijriCalendar {mosaddphp:hijrical.php}
Read more
Selamat Menjadi Ahli Baru

Persatuan Falak Syar'i Malaysia ingin mencucapkan selamat menjadi ahli Persatuan kepada beberapa orang yang telah memohon dalam masa yang terdekat ini.

Semoga kehadiran anda sekelian dalam Persatuan ini akan dapat memperkukuhkan usaha kita untuk memartabatkan sains Islam ini dimasyarakat Islam Malaysia, InshaAllah. Bersamalah kita majukan  tradisi  ilmu falak ini melandaskan  Al Quran  dan As Sunnah.

Sila majukan alamat email anda kepada Setiausaha Kerja,  Sdr Wan Johan( This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. ), kalau belum memberikannya lagi. Ini akan memudahkan kami memajukan maklumat mengenai aktiviti Persatuan kepada anda. Anda digalakkan juga melayari laman web ini untuk maklumat & lapuran terkini.

Read more
Gerakan Retrograd Marikh dan Hari Kiamat(Bhg1) Oleh 

Prof Madya Abdul Halim Abdul Aziz & Syed Kamarulzaman

 

Pengenalan

Tulisan ini menyorot jawapan Dato' Dr Harun Din di dalam ruangan Bersama Dato' Dr Harun Din yang disiarkan di dalam Harakah keluaran 1-15 Jun 2008 yang bertajuk "SMS matahari naik dari sebelah barat Marikh" . Tulisan itu menjawab pertanyaan di dalam sms yang tersebar luas mengenai planet Marikh yang dikatakan telah mengalami putaran terbalik dan menyebabkan Matahari yang selama ini naik dari arah Timur bertukar naik dari sebelah Barat, maka hal yang sama akan segera berlaku ke atas Bumi kita kelak, menandakan Kiamat terlalu hampir.

Kepada persoalan itu Dato' Dr Harun Din telah menjawab bahawa beliau pernah memberi ceramah mengenainya walaupun beliau bukanlah orang yang pertama memperkatakannya. Beliau menemui satu artikel di dalam majalah antarabangsa al-Mujtamak keluaran Februari 2006, bilangan 1687 yang memberitakan bahawa planet Marikh telah terhenti peredarannya pada 30 Julai 2005 dan berpatah balik putarannya kebelakang, dari putaran menghala ke Timur ke putaran menghala ke Barat. Penulis artikel itu membuat ulasan bahawa fenomena ini menghasilkan perubahan ketara di mana Matahari yang selama ini naik dari arah Timur di atas Marikh akan naik dari arah Barat, dan jatuh pula ke arah Timur.

Dato' Dr Harun Din mengatakan bahawa kejadian itu diulas oleh pakar-pakar astronomi sebagai retrograde motion (gerakan retrograd). Katanya lagi apabila ia berlaku ke atas Marikh, maka tidak mustahil ia akan berlaku pula ke atas Bumi.

Tulisan ini cuba memperjelaskan dari aspek falak isu ini.

 

Read more
Jawapan kepada Qamaruddin Shaarani

Disini dicatitkan jawapan saya kepada En Qamaruddin Shaarani yang telah memberikan gambaran yang kurang tepat, mengelirukan dan mengenai amalan rukyat di Malaysia didalam email beliau ke ICOP baru ini. Saya telah emailkan jawapan ini kepada ICOP dan menunggunya disiarkan kepada ahli ICOP.

 Moon sighting in Malaysia. Reply to Qamaruddin Shaarani

 

I wish to make some comments on the letters by Mr Qamaruddin Shaarani who is self professed to be ’ Not an Astronomer nor Faqih’ on 14th and 18th September 2009 regarding the practice of determining the beginning of Syawal 1430, in particular and Hijri months in general.

 

This letter is to clarify some of the points raised by the writer regarding Moon sighting in particular and Astronomy in particular in Malaysia and comments about the Islamic Astronomical Society of Malaysia (Persatuan Falak Syar’i Malaysia).  I, however, do not wish to get into the perennial non productive and divisive debate of either to use Rukya or Hisab ( Sighting or calculation) for start of new Hijri month as much has been discussed and written by Muslim astronomers and scholars over the years and such debate only serves to divert us from more serious work in reviving learning and research in Islamic Astronomy ,lunar sighting criteria development being one of the areas, and may be exciting only to those new to Islamic astronomy.

 

I am disappointed by his condescending tone and incorrect representation of the work undertaken in Malaysia with regards Moon sighting in particular and Astronomy in particular by Malaysian Muslim ulamas, scholars and astronomers. He has, unfairly, cast aspersions on the competence, knowledge, experience and integrity of those involved in Islamic astronomical work in Malaysia.

baca lagi... 

Read more
Fenomena Astronomi Bulan Februari 2010

Fenomena Astronomi Februari 2010

 

Sebelum kita membicarakan fenomena langit bagi bulan Februari, saya ingin menarik perhatian pembaca berhubung dengan satu peristiwa  bersejarah  mengenai penerokaan angkasa lepas yang berlaku di dalam bulan Februari. Empat puluh empat tahun yang lalu pada tanggal 3 Februari 1966, pihak Kesatuan Soviet (USSR) telah berjaya mendaratkan proba Luna 9  di permukaan Bulan buat pertama kalinya dalam sejarah.  Luna 9 adalah proba tanpa manusia dengan beratnya 99 kg telah mendarat di Oceanus Procellarum yang merupakan  maria yang terbesar di Bulan. Maria ini boleh dilihat dengan mata kasar di malam hari dari Bumi. Luna 9 telah berjaya mengambil gambar permukaan Bulan secara dekat dan mengirimkannya ke Bumi. Peristiwa tersebut telah merancakkan usaha untuk manusia mendarat di permukaan Bulan dan akhirnya pihak NASA telah berjaya mendaratkan manusia yang pertama di permukaan Bulan pada tahun 1969.

Bulan ini  banyak fenomena astronomi yang menarik berlaku di langit untuk kita saksikan. Langit malam bulan ini  dihiasi  dengan bintang-bintang yang terang, buruj-buruj, bulan dan planet. Buruj Orion atau Pemburu mendominasi langit malam bulan ini. Ia berada di tengah langit pada jam 10.00 malam di awal bulan. Tiga bintang sebaris terdiri dari Mintaka, AlNilam (tengah) dan Alnitak mudah dikenali. Berhampiran di sebelah selatan dengan buruj ini ialah buruj Canis Major atau anjing besar yang terkenal dengan bintang yang paling terang di langit, Sirius. Buruj Taurus juga terletak bersebelahan dengan buruj Orion, buruj ini mudah dikenali dengan bintang yang berwarna merah, Aldebaran. Saiz bintang ini   yang sangat besar, 44 kali diameter Matahari.

Selain itu buruj Gemini pula terletak berhampiran di sebelah utara buruj Orion. Buruj ini mengandungi dua bintang cerah iaitu Castor dan Pollux yang digambarkan sebagai dua kepala adik beradik kembar. Berhampiran dengannya pula ialah buruj Canis Minor dengan bintang Procyon bintang yang paling terang di dalamnya. Manakala di bahagian timur langit dihiasi oleh buruj Leo dengan bintang Regulus bintangnya yang paling terang.

Di langit selatan pula dihiasi oleh buruj Carina dengan bintang Canopus sebagai bintangnya yang cerah. Turut menghiasi langit selatan ialah buruj Eridanus yang mempunyai bintang Achernar, bintang yang ke-9 paling terang di langit.

 Pada awal bulan ini,  Bulan menghiasi langit dengan fasa suku akhir. Bulan terbit di ufuk timur selepas kira-kira  dua jam Matahari terbenam di ufuk barat. Permukaan bulan yang kelihatan kurang  50% dari keseluruhan permukaan Bulan. Sekitar jam 11 malam, 2 Februari, Bulan dan planet Zuhal muncul di ufuk timur, kedua-duanya  kelihatan berdekatan dengan sudut pisahan 7 darjah. Kedua-dua objek ini berada di tengah langit pada jam 4.30 pagi 3 Februari.  Pada kedudukan ini lebih mudah untuk mencerap Zuhal dengan mata kasar atau binokular.

Pada sekitar 2.35 pagi, 8 Februari,  kita akan dapat menyaksikan Bulan terbit bersama-sama dengan  bintang Antares di ufuk timur. Bintang Antares berwarna merah, bintang yang paling cerah dalam buruj Scorpio. Antares adalah bintang yang bersaiz sangat besar, jejarinya 800 kali jejari Matahari. Jika dibandingkan saiz diantara keduanya Matahari kelihatan seperti satu titik.  Pada pagi tersebut Bulan dan Antares  kelihatan berdekatan, mereka berada pada pisahan sudut 1.5 darjah.  Ini satu pandangan yang menarik yang boleh dilihat dengan mata kasar di awal pagi. Sebelum waktu subuh  kedua-duanya berada pada altitud 35 darjah dari ufuk. 

Pada 12 Februari,  Bulan berada dalam fasa sabit tua, dalam taqwim Islam ini adalah hujung bulan Safar tahun 1431 Hijri. Selepas waktu subuh jika ufuk timur  tidak berawan atau berkabus kita akan dapat menyaksikan Bulan sabit  dan planet Utarid berada berdekatan.  Utarid adalah planet yang paling dekat dengan Matahari yang hanya boleh dilihat dengan mata kasar diawal pagi atau senja. Pada pagi tersebut kedua-duanya berada pada jarak pisahan 2.3 darjah.

Pada 10.00pagi 13 februari, Bulan berada pada jarak 406,504km kedudukan paling jauh dari Bumi dalam tahun 2010. Jarak Bulan-Bumi tidak tetap, jarak tersebut sentiasa berubah semasa Bulan mengorbit Bumi. Ada ketikanya ia berada dekat dengan Bumi dan ada ketika jaraknya paling jauh dari Bumi.

Pada 14 Februari, adalah hari cerapan hilal bulan Rabiul Awal 1431 Hijri taqwim Islam. Hilal ialah fasa bulan yang paling awal selepas Ijtimak (new moon) dan bentuknya seperti sabit yang halus. Hilal berada pada altitud 1 darjah dari ufuk pada petang ini. Pada altitud ini hilal sukar untuk dilihat kerana terlalu rendah dengan ufuk. Pada keesokkan hari selepas Matahari terbenam, bulan berada pada altitud 10 darjah dari ufuk. Jika keadaan ufuk barat cerah, ia  boleh dilihat dengan mata kasar, pembaca boleh mencuba. Jika asas taqwim Islam berdasarkan pergerakan Bulan, begitu juga dengan taqwim Cina. Permulaan taqwim Cina bergantung kepada Ijtimak yang berlaku dalam bulan Januari - Februari. Justeru itu tahun baru Cina 2010 jatuh pada 14 Februari dan tahun 2010 adalah tahun harimau. 

Pada malam 21 Februari,  Bulan menghampiri fasa separuh, pada malam ini ia kelihatan hampir dengan gugusan bintang yang dikenali dengan bintang tujuh beradik atau Pleaides. Gugusan bintang ini adalah diantara gugusan bintang yang hampir dengan Bumi dan dikenali dalam banyak tamaddun seperti Parsi, India dan Islam. Dalam tamaddun Islam ia dikenali sebagai As-Surayya. Dengan mata kasar gugusan bintang ini kelihatan berdekatan antara satu sama lain.

Pada 26 Februari, pada malam ini Bulan kelihatan hampir dengan planet Marikh, sudut pisahan di antara keduanya sekitar lapan darjah. Kedua-dua objek ini boleh dilihat di langit timur diawal malam, di tengah langit ketika tengah malam dan terbenam di ufuk barat sekitar jam 5.00 pagi. Planet Marikh kelihatan seperti bintang berwarna merah di sebelah kiri atas Bulan. Manakala di sebelah bawah Bulan kelihatan bintang Asellus Australis dalam buruj Cancer. Keduanya kelihatan sangat dekat, sudut pisahan antara keduanya sekitar 1.5 darjah.

Galaksi Bima Sakti juga menghiasi langit bulan ini, ia kelihatan seperti jaluran awan putih yang malap merentasi dari langit Tenggara hingga ke Barat-laut. Ia boleh dilihat dengan mata kasar jika langit cerah dan tempat cerapan yang gelap yang tiada gangguan cahaya.atau cahaya Bulan.

Fenomena astronomi Februari 2010 diakhiri dengan kehadiran  Bulan purnama dengan cahayanya yang terang menyinari sepanjang malam.

Bagi mengenali objek-objek langit bulan ini kita boleh menggunakan peta bintang seperti di muka sebelah. Peta bintang ini menunjukkan bintang, planet, buruj dan galaksi Bima Sakti. Saiz bintang menunjukkan kecerahan, bintang yang cerah ditunjukkan dengan saiz titik yang besar. Bintang yang ditunjukkan adalah bintang-bintang yang cerah dengan magnitud  kurang dari 4.

Peta bintang ini boleh digunakan untuk pada jam 10.00 malam pada awal Februari, 9.00 malam di pertengahan Februari dan 8.00 malam di akhir Februari. Planet yang ditunjukkan untuk pertengahan Februari.

Panduan cerapan langit malam  menggunakan peta bintang;

Cerapan  langit utara

i. Berdiri menghadap arah Utara. ii. Pegang peta bintang tepat di atas kepala. Pegang dengan tangan kanan di bahagian label A dan tangan kiri di label B peta bintang. Pastikan tengah peta bintang tepat di atas kepala dan Utara di peta bintang sama arah dengan Utara sebenar.

Anda akan dapati bintang yang di tengah peta bintang adalah bintang di atas kepala. Bintang yang dekat dengan garisan ufuk peta bintang berada rendah dengan ufuk sebenar. Mulakan mengenali bintang dengan bintang yang cerah dan mudah dikenali. Seterusnya anda boleh mengenali planet, bintang dan buruj menggunakan peta bintang tersebut.

Cerapan langit selatan

i. Berdiri menghadap arah selatan. ii. Pegang peta bintang tepat di atas kepala. Pegang dengan tangan kanan di bahagian label B dan tangan kiri pegang di label A peta bintang. Pastikan tengah peta bintang tepat di atas kepala dan Selatan di peta bintang sama arah dengan Selatan sebenar.

Cerapan langit malam perlu dilakukan pada malam yang cerah, kurang berawan atau mendung. Hindari dari gangguan cahaya lampu dengan menutup lampu luar atau halaman. Apabila kita berada dalam persekitaran yang gelap kita akan dapat melihat langit dengan lebih baik. Tunggu beberapa minit sehingga mata kita dapat menyesuaikan dalam keadaan gelap. Lebih lama kita dalam keadaan gelap lebih banyak bintang yang akan dapat di lihat.


Peta bintang untuk bulan Februari 2010

 

 

 

Read more
Gambar Bulan dengan Bintang

Gambar bulan pada  25 Safar 1431 bersama bintang Kaus Borealis dalam buruj Sagitarius dengan sudut pisahan 0.5 darjah. Jarak bintang 77 tahun cahaya. Foto dirakam 6.30 pagi lepas subuh 10 Febuari 2010(Rabu) oleh Dr Kassim Bahali di Pusat Falak AlKhawarizmi di Melaka.

25safar1431_10feb10_0630_moon_kaus_borealis

Read more
Foto terkini : Bulan dan planet Utarid(Mercury)

13feb10__0655

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

27safar1431_12feb10_0643_bulan_utaridMaklumat: Foto kedudukan Bulan dan Utarid pada Jumaat 6.30 pagi, 27 Safar 1431/ 12 Feb 2010.

   

Utarid planet yang pertama dari Matahari. Ia kelihatan seperti bintang di bawah Bulan seperti dalam foto.

Altitud Utarid dari ufuk ialah 5.1 darjah. Sudut pisahan Bulan- Utarid 2.3 darjah. Fasa bulan ialah 4.19 % dan Utarid 82.7%. Magnitud Utarid ialah -0.19 dan waktu terbit 6.04 pagi di ufuk Timur. Jarak Bulan dari Bumi pada hari ini 406080km. Foto Utarid pada 28 Safar 1431/ 13 febuari 2010, 06:55 pagi. Menunjukkan Utarid sebelum terbit Matahari.Foto dirakam oleh Dr(H) Kassim Bahali dengan kamera Panasonic DMC TZ7

Read more
Hilal Rabiulawal 1431

hilal_1953_pana_dmc_tz7

 

 Gambar hilal rabiulawal yang telah dirakamkan oleh Dr Kassim Bahali di Balai Cerap Alkhawarizmi, Melaka.

 

Butir maklumat hilal adalah saperti berikut:

Tarikh rukyah : 15 Feb 2010(Isnin)
Umur hilal ketika ghurub Matahari : 32j 36 minit
Azimuth Matahari : 257d 24m  Matahari ghurub 19:28
Altitud hilal ketika kelihatan : 05 darjah
Azimuth hilal  : 265 d  53m
Elongasi : 14d 33m
Fasa Hilal : 1.78%
Waktu mula kelihatan  : 19:52
Waktu akhir kelihatan  :20:02
Waktu ghurub hilal      : 20:16

Read more
Dari Balai Cerap Dr Rowi
 
img_1154
Tajuk: Objek langit selatan.
Imej: Nebulan Eta Carinae
 
Maklumat mengenai objek: Nebula Eta Carinae merupakan sebuah nebula yang sangat menakjubkan untuk ilihat dan dirakamkan.Ia terletak dibahagian langit selatan langit dan sangat rendah jika dipandang dari bandar Kota Bharu. Nebula ini terletak dalam burju Carina dan berada sejauh 10,000 tahun cahaya. Walaupun tidak secerah nebula Orion tetapi saiznya 4 kali lebih besar. Ditengah-tengah nebula ini terdapat sebuah bintang yang sangat terkenal iaitu bintang  Eta Carinae. Bintang ini merupakan bintang variable atau bintang yang berubah kecerahanya. Ia merupakan salah sebuah bintang yang paling besar jisimnya dalam alam ini iaitu lebih 100 kali ganda dan 4 juta  kali ganda lebih kecerahanya dari Matahari. Kecerahan bintang Eta Carinae yang berada dalam nebula ini boleh berubah dari magnitud 8 sehingga ke magnitud -1. Pada masa ini ia berada dalam magnitud 6.
 
Imej nebula ini dirakamkan di Kota Bharu dengan menggunakan kamera digital SLR Canon 20Da melalui teleskop APM 4.6 inci dengan dedahan selama 10minit (guided). Buat masa ini nebula ini akan berada pada kedudukan yang tertinggi dari ufuk selatan sekitar waktu tengah malam. Jika ada kelapangan mengapa kita tidak mencuba melihatnya malam ini?
Read more
Nebula Orion

 small_mg_7611_fixed_a

Ini adalah imej Nebula Orion bersebelahan dengan Running Man Nebula yang dirakamkan dengan menggunakan Canon 20Da dengan pendedahan selama 10 minit (guided). Orion Nebula kelihatan berwarna kemerahan kerana ia merupakan jenis nebula pemancar (emission) yang terdiri daripada gas-gas hydrogen.

Manakala Nebula Running Man merupakan nebula pemantul. Ianya berlainan daripada nebula pemancar kerana ia tidak mengeluarkan cahayanya sendiri.  Ini kerana ia cuma memantulkan balik cahaya yang diterima daripada bintang-bintang lain.

Orion Nebula boleh dilihat dengan mata kasar yang berada dalam buruj Orion (Belantik ).

Nebula Orion merupakan tempat yang kelahiran bintang-bintang baru yang aktif yang terbentuk dari awan dan gas-gas di sekelilingnya sama seperti nebula Eta Carinae

Sekarang ( bulan Mac ) Nebula ini berada hampir-hampir tegak di atas kepala pada waktu maghrib.

Read more
Fenomena astronomi April 2010


Diantara peristiwa bersejarah yang penting dalam penerokaan angkasa lepas yang berlaku dalam bulan April ialah pelancaran kapal angkasa ulang alik yang pertama. Kapal angkasa yang diberi nama Columbia   telah berjaya melaksanakan misinya mengorbit Bumi pada 12 April 1981. April tahun ini merupakan ulangtahun yang ke 29 kejayaan kapal angkasa ulang alik   yang pertama dalam sejarah penerokaan angkasa lepas. Kali pertama Columbia  telah dipandu oleh John W. Young dan Robert I. Crippen dan telah berjaya mengorbit Bumi selama dua hari selepas dilancarkan di Pusat Angkasa lepas Kennedy.

Diantara fenomena astronomi yang berlaku dalam bulan ini ialah kemunculan Bulan di ufuk Timur berhampiran dengan bintang Antares pada 4 April. Bulan yang memasuki fasa suku akhir dan Antares boleh dilihat  di ufuk Timur selepas tengah malam, mereka berada berdekatan pada jarak sudut pisahan 4 darjah. Kedua-duanya akan berada di tengah langit pada jam 5.00 pagi. Bintang ini berwarna kemerahan merupakan bintang paling terang dan paling besar dalam Buruj Scorpio.  Saiznya 800 kali dari  Matahari. Buruj Scorpio berada di langit selatan, mudah dikenali dan kelihatan cantik kerana menyerupai seperti seekor kala jengking. Buruj ini dikenali sebagai Al-Akrab dalam tamaddun Islam, buruj ini juga dikenali dalam tamaddun Parsi, China dan India.

Bulan ini kita berpeluang untuk mencerap dengan mata kasar beberapa planet iaitu planet Utarid, Zuhrah, Marikh, Musytari dan Zuhal.  Bulan ini adalah paling baik untuk mencerap planet Utarid mulai awal April hingga 15 April. Utarid planet yang pertama dalam sistem suria, saiznya sepertiga diameter Bumi. Utarid merupakan planet yang sukar dilihat disebabkan ia berada paling hampir dengan Matahari dan orbitnya di sebelah dalam dibandingkan dengan orbit Bumi. Ia hanya boleh dilihat di langit Timur atau Barat sebelum terbit atau selepas terbenam Matahari. Pada 3 April, selepas Matahari terbenam di ufuk Barat, Utarid dan planet Zuhrah akan kelihatan berdekatan pada sudut pisahan 3 darjah. Utarid berada rendah sedikit dari Zuhrah dan Zuhrah kelihatan lebih cerah dari Utarid. Ia berada paling tinggi di langit ketika ia mengalami elongasi yang paling besar pada 8 April. Ia berada pada altitud 16 darjah dari ufuk ketika Matahari terbenam. Kita berpeluang melihat planet ini selama 70 minit di atas ufuk sebelum ia terbenam pada 7.28 malam di ufuk Barat.

zuhrah1642010

Pada masa yang sama Zuhrah planet yang kedua dalam sistem Suria juga boleh dilihat di langit Barat. Planet ini lebih mudah dilihat kerana lebih cerah dibandingkan dengan Utarid. Ia kelihatan seperti bintang yang terang di langit. Ia boleh dilihat dilangit senja sepanjang bulan April dan merupakan objek samawi yang paling  terang di langit. Di awal April selepas Matahari terbenam, ia berada pada ketinggian 18 darjah dari ufuk, pada pertengahan April pada ketinggian 20 darjah dan akhir bulan pada 24 darjah. Pada 16 April ketika Matahari ghurub ia berada hampir dengan Bulan pada sudut pisahan 4 darjah dan mudah dilihat dengan mata kasar kerana ia agak tinggi pada altitud 20 darjah.

Manakala pada 17 April kita berpeluang melihat himpunan menarik  planet  Utarid, Zuhrah,  Bulan,  bintang tujuh beradik (Plaeides) dan Aldebaran di langit Barat selepas Matahari terbenam.  Objek-objek tersebut  berada dalam satu susunan bertingkat dari ufuk, Utarid berada paling rendah diikuti oleh Zuhrah, Plaeides, Bulan dan Aldebaran di atas.  Bulan dan Plaeides berada rapat dengan Bulan dengan sudut pisahan 2 darjah.

 

apr172010

 Marikh juga boleh dilihat  tinggi seperti bintang berwarna merah di tengah langit sepanjang Bulan ini pada awal malam. Pada jam 10 malam 22 April Marikh kelihatan berada hampir dengan Bulan pada sudut pisahan 5 darjah. Bulan pada malam ini dalam fasa suku awal. Ia juga kelihatan hampir dengan bintang Asellus Australis pada sudut pisahan 2 darjah. Pada akhir bulan Marikh terbenam selepas jam 2.00 pagi.

Musytari telah berubah kedudukan ke langit Timur sebelah pagi mulai awal bulan ini.  Ia boleh dilihat seperti bintang yang terang di langit Timur awal pagi sebelum terbit Matahari sepanjang bulan ini. Pada jam 6.00 pagi, 12 April , Musytari kelihatan berdekatan dengan Bulan sabit RabiulAkhir 1431 pada sudut pisahan 6 darjah. Ia berada pada altitud 10 darjah dari ufuk Timur selepas terbit pada jam 5.14 pagi. Selepas Matahari terbit pada jam 7.07 pagi, Musytari sukar untuk dilihat dengan mata kasar kerana tenggalam dalam kecerahan sinar Matahari.

Zuhal planet yang mempunyai gelang,  boleh dilihat dengan mata kasar seperti satu bintang yang berwarna kekuningan sepanjang bulan ini. Di awal bulan pada jam 10 malam, lihat di langit Timur ia kelihatan tinggi pada altitud 50 darjah dan di tengah langit di akhir bulan. Pada jam 10 malam 25 April Zuhal berada hampir dengan Bulan pada sudut pisahan 7.5 darjah berdekatan tengah langit. Dengan menggunakan binokular atau teleskop kecil kita dapat melihat gelangnya yang cantik melingkari planet tersebut.


 

Read more
Buruj Scorpio

 

 scorpio7apr10_0627_22r_akh1431

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Gambar buruj Scorpio yang telah dirakamkan oleh Dr Kassim Bahali dI Melaka pada 7hb April 2010, jam 6:27pagi. 

Read more
Ijtimak Zuhrah & Utarid

venus__mercury_smallImej2 konjunsi planet Zuhrah & Utarid yang dirakamkan di balai cerap mini Dr Rowi di Kota Bharu pada 5hb April baru2 ini.

Untuk makluman, Konjunsi planet Zuhrah & Utarid terakhir sekali berlaku pada 2006 & kali ini konjunsi planet ini berada pada keadaan paling dekat antara satu sama lain pada 6hb April baru2 ini.

Gambar ini diambil menggunakan kamera Canon EOS20Da pada ISO 100, F5. Kamera dilekatkan pada tripod untuk menghilangkan gegaran tangan.

 

Read more
Bulan, Utraid & Zuhrah

conjunctionofvenusmercuryandmoon-1

Gambar ini diambil oleh Dr Rowi daripada balai cerapnya di Kota Baru pada 15hb April 2010.

 

Read more
Cerapan Meteor

Pada malam 22/4/10 dipantai Mek Mas bersama-sama lebih kurang 30 pelajar sekolah menengah Kubang Kerian I, kita mengadakan malam cerapan Lyrid meteor shower. 

Langit pada peringkat awalnya amat cerah diterangi oleh cahaya bulan yang pada ketika itu berada dalam fasa separuh. Bila menjelang tengah malam langit makin cantik dipenuhi dengan bintang-bintang yang bergemelapan dan sebanyak 25 meteor shower telah dilihat.

Sebahagian besar dari mereka agak malap tetapi masih boleh dilihat dengan baik. Ada  beberapa buah meteor amat terang sekali sehingga pelajar semua begitu teruja. Tetapi malang tiada satu pun yang dapat dirakamkan dalam kamera walaupun pada ketika itu kita telah memasang dua buahkamera digital. Kita juga mengambil peluang untuk mengajar para pelajar semua mengenali buruj-buruj dengan menggunakan cahaya laser.

Salam

Dr. Rowi

Read more
Fenomena Astronomi Mei 2010


MATAHARI DI ATAS KAABAH

Jika pada awal tahun ini sebahagian negara di hemisfera Utara mengalami musim sejuk yang melampau tetapi pada bulan ini (Mei) negara-negara berkenaan mengalami musim panas. Keadaan ini disebabkan Matahari  telah bergerak  dari hemisfera Selatan ke hemisfera Utara. Matahari berada di hemisfera Utara selama 6 bulan mulai 21 Mac hingga 21 September.  Dalam tempoh tersebut Matahari akan bergerak dalam laluannya dari garis Khatulistiwa hingga ke garis latitud 23.4° Utara pada 21 Jun. Selepas dari tarikh ini ia akan beransur bergerak turun hingga ke Khatulistiwa semula  pada 21 September. Keadaan yang sebenarnya berlaku bukanlah Matahari bergerak mengelilinggi Bumi tetapi Bumi mengorbit Matahari dan akibat kecondongan paksi Bumi sebanyak 23.5° menyebabkan berlakunya perubahan musim tersebut.

kaabahPekara yang menarik semasa Matahari bergerak ke hemisfera Utara, ia akan melintasi Kaabah di Mekah, tempat suci bagi umat Islam. Ia akan melintasi Kaabah sebanyak dua kali setiap tahun iaitu pada 28 Mei dan 16 Julai. Apa yang sebenarnya berlaku pada tarikh tersebut Matahari melintasi garis  latitud 21° 25' dan Kaabah terletak pada garis latitud yang sama. Pada tarikh tersebut ketika Matahari melintasi meridian Kaabah sudut istiwa Matahari bersamaan dengan latitud Kabaah. Dalam keadaan  tersebut Matahari  akan berada tepat di zenith (titik tegak di atas) Kaabah. Fenomena Matahari berada tepat di titik zenith ketika melintasi meridian sesuatu tempat dinamakan Istiwa. Fenomena Istiwa tersebut berlaku pada 28 Mei jam 12.16 dan 16 Julai 12.28 waktu Mekah manakala waktu di Malaysia ialah 5.16 petang dan 5.28 petang masing-masing. Ketika waktu tersebut bayang objek yang tegak lurus seperti tiang akan menghala ke Kaabah. Berdasarkan fenomena ini memberi peluang umat Islam untuk menentukan atau menyemak arah kiblat di tempat masing-masing pada petang tersebut. Dengan menggunakan objek yang lurus seperti pembaris atau tiang, tegakkannya di kawasan yang mendapat cahaya Matahari secara terus pada waktu tersebut. Bayang objek tersebut  adalah menghala ke arah kiblat. Jika kita berdiri di hujung bayang dengan menghadap objek tersebut sebenarnya kita sedang berdiri menghadap kiblat.

 

 

Ilustrasi; Matahari di atas Kaabah ketika Istiwa


 

melaka

 

  Matahari  dan bayang tiang pada 5:16petang, 28 Mei di Malaysia, pada waktu yang sama Matahari sedang mengalami Istiwa di Kaabah.  

 

 


 

 

Read more
Penghijaban Zuhrah oleh Bulan

Berikut adalah urutan imej-imej penghijaban planet Venus (Zuhrah) oleh Bulan yang dirakamkan dengan menggunakan kamera CCD SXV-H9 di balai cerap mini Dr. Rowi bersama dengan beberapa pelajar. Imej ini dirakam pada petang 16 Mei. semasa kejadian ini, cuaca agak memuaskan dan kita berjaya merakam kejadian in.

vb11

Read more
Fenomena Astronomi Jun 2010

GERHANA SEPARA BULAN

Fenomena astronomi  Jun 2010 mempunyai keistimewaannya tersendiri kerana pada bulan ini akan berlaku gerhana separa Bulan.  Gerhana ini boleh dilihat bermula di Asia Timur, Australia, New Zealand dan Pasifik selepas Matahari terbenam dan berakhir  di Barat Amerika Utara dan Selatan. Gerhana Bulan berlaku  apabila Bumi berada di antara Bulan dan Matahari.

Bulan tidak mengeluarkan cahayanya sendiri tetapi ia menerima cahaya dari Matahari. Cahaya Matahari yang jatuh ke atas permukaan Bulan akan dipantulkan semula. Bulan mengorbit Bumi dalam tempoh 29.5 hari satu pusingan. Semasa Bulan mengorbit Bumi, kedudukannya  akan sentiasa berubah dan ini menyebabkan terjadinya perubahan bentuk Bulan yang dapat dilihat dari Bumi yang dinamakan fasa Bulan.  Fasa Bulan bermula dari fasa Ijtimak diikuti fasa suku awal dan seterusnya fasa purnama.  Kemudian fasa ini akan berkurang menjadi fasa suku akhir dan kembali ke fasa Ijtimak.  Semasa fasa purnama,  permukaan Bulan yang menerima cahaya menghadap Bumi sepenuhnya. Kejadian gerhana Bulan hanya boleh berlaku ketika fasa purnama dan hanya apabila seluruh  atau sebahagian Bulan   memasukki bayang Bumi. Cahaya Matahari yang jatuh ke atas Bumi menyebabkan sebahagian Bumi terang (siang) dan juga  mengakibatkan bayang Bumi mengunjur ke angkasa.  Terdapat dua bahagian bayang, di bahagian dalam dan luar bayang. Bayang bahagian dalam dinamakan umbra dan bahagian luar dinamakan penumbra. Umbra lebih gelap dari penumbra.  Sekiranya ketika Bulan purnama, ia memasukki kawasan bayang akan mengakibatkan terjadinya gerhana. Jika seluruh Bulan memasukki umbra, gerhana penuh akan berlaku. Sekiranya hanya sebahagian Bulan  memasukki umbra, gerhana separa yang akan berlaku dan jika Bulan hanya memasukki penumbra sahaja, gerhana penumbra yang akan terjadi.

gerhanalunarRajah 1: Gerhana Bulan

Read more
Fenomena Astronomi Julai 2010

 Gerhana penuh Matahari

 

Bulan Julai 2010 menjadi tumpuan ahli-ahli astronomi kerana pada bulan ini akan berlaku gerhana penuh Matahari. Gerhana ini berlaku  selepas 15 hari gerhana separa Bulan pada 26 Jun lalu (lihat Dewan Kosmik Jun 2010). Pada tahun 2009 juga telah gerhana penuh Matahari. Pada tahun 2009 dan 2010 kedua-dua gerhana tersebut berlaku dalam  bulan Julai tetapi pada tarikh  yang berbeza iaitu pada 22 dan 11 haribulan masing-masing.

Jika pada  tahun 2009 gerhana tersebut telah disaksikan oleh jutaan penduduk Bumi kerana fenomena tersebut merentasi dua buah negara yang padat dengan manusia iaitu China dan India serta beberapa negara yang lain. Manakala pada tahun ini sebahagian besar laluan gerhana penuh ini merentasi kawasan tanpa penduduk kerena ia merentasi lautan Pasifik, hanya sebahagian kecil penduduk Bumi yang akan mengalaminya yang tinggal di pulau-pulau kecil di lautan Pasifik dan sebahagian kecil Amerika Selatan. Jika pada tahun lepas gerhana penuh Matahari berlaku di hemisfera Utara semasa musim panas manakala tahun ini ia berlaku di hemisfera Selatan semasa musim sejuk.

Laluan gerhana penuh Matahari sebenarnya adalah laluan bayang umbra Bulan yang jatuh ke atas permukaan Bumi. Laluan gerhana kali ini sepanjang 11,100 km merentasi hemisfera Selatan bermula dari lautan Pasifik selatan kira-kira 1400 km Timur-laut New Zealand pada jam 18:17 UT. Beberapa minit kemudian bayang umbra ini melalui kepulauan Cook yang mengandungi 15 pulau-pulau kecil. Sepuluh minit kemudian melalui pulau Society dan Tuamotu Archpelago. Seterusnya ia bergerak merentasi pulau Easter yang dikatakan pulau legenda kerana memilikki 887 tugu-tugu monolitik. Tugu-tugu ini berbagai saiz dan berusia ratusan tahun. Pulau ini berkeluasan hanya 166 km persegi dengan penduduk hanya 4,000 orang. Pulau ini boleh dikunjungi dengan penerbangan Chile Airline dari Papeetle dan Santiago. Bilangan pelancong lebih ramai dari penduduk tempatan, setiap tahun lebih dari 50,000 pelancong melawat pulau legenda ini yang diiktiraf sebagai salah satu warisan dunia di bawah UNESCO. Gerhana penuh berlaku di pulau ini tepat pada jam 20:10 UT dengan Matahari berada tinggi di langit. Suasana di pulau ini akan bertukar menjadi gelap ketika gerhana penuh berlangsung selama 4 minit 49 saat di sini.

Bayang Umbra Bulan akan terus bergerak laju merentasi Lautan Pasifik di laluannya sehingga akhirnya mencecah pantai Selatan Chile Selatan dan Argentina Selatan pada 20:52 UT . Gerhana penuh berakhir di sini ketika Matahari ghurub pada jam 5.48 petang waktu tempatan.

gerhanajul10

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Laluan gerhana penuh Matahari pada 11 Julai 2010.

 

 

 

 

 

Read more
Fenomena Astronomi Ogos 2010

Hujan Meteor

 

Pernahkah anda tiba-tiba terlihat coretan cahaya yang terang dan bergerak sangat laju dalam masa yang sangat pantas di langit malam yang cerah? Coretan cahaya yang anda lihat itu sebenarnya adalah  meteor. Meteor adalah coretan cahaya akibat dari meteoroid memasukki atmosfera Bumi. Disebabkan ia bergerak sangat laju dengan kelajuan diantara 11 hingga 74 kilometer sesaat menyebabkan ia mengalami geseran dengan udara seterusnya ia akan terbakar dan meruap. Kebanyakan meteoroid yang menyebabkan meteor adalah bersaiz kecil seperti ketulan batu jalan. Meteor biasanya terjadi pada lapisan mesosfera pada altitud diantara 75 km hingga 100 km. Bulan Ogos ini diramalkan akan berlaku meteor yang dinamakan meteor Perseid. Dijangkakan mulai hujung Julai hingga ke pertengahan Ogos kita boleh melihat banyak meteor pada langit malam dan kemuncak meteor Perseid  ini ialah pada tarikh 12-13 Ogos. Tahun ini dikatakan sebagai tahun yang paling baik untuk mencerap meteor Perseid kerana pada tarikh tersebut langit tiada cahaya Bulan. Cahaya Bulan dan lampu yang terang menghalang kita melihat coretan cahaya meteor tersebut. Dari manakah asalnya meteor Perseid? Sebenarnya meteor Perseid ini berasal dari sisa peninggalan komet Swiff-Tuttle. Komet ini telah ditemui oleh dua orang ahli astronomi iaitu Lewis Swift dari Marathon, New York, USA pada 16 Julai 1862 dan  Horace Parnell Tuttle dari Balai Cerap Kolej Harvard di Cambridge, Massachusetts, USA pada 19 Julai 1862. Kemudiannya komet ini dinamakan Swiff-Tuttle sempena nama dua orang penemu komet tersebut. Setiap tahun apabila Bumi  melintasi bekas laluan orbit komet ini, sisa komet akan merempuh atmosfera Bumi dan menyebabkan meteor terjadi. Meteor ini dinamakan Perseid sempena buruj Perseus di mana di buruj inilah kita akan melihat meteor ini berpunca.

Pada kemucak meteor ini pada 12-13 Ogos dijangka kita boleh melihat bilangan meteor yang banyak diantara 60 hingga 100 meteor setiap jam. Bagaimanakah cara untuk melihatnya? Pilih tempat yang lapang dan gelap yang tiada pencemaran cahaya dari lampu jalan atau lampu limpah, semakin kurang pencemaran cahaya semakin jelas kita dapat melihat meteor. Boleh mulakan mencerap pada lewat malam sehingga subuh kerana dijangka meteor ini akan banyak dalam waktu dan tarikh tersebut. Untuk lebih selesa kita boleh mencerap sambil berbaring dan lihat di bahagian langit Utara. Mencerap meteor tidak memerlukan teleskop, cukup dengan mata kasar sahaja. Cerapan juga boleh dilakukan  sehari sebelum atau selepas dari tarikh kemuncak tersebut. Sambil mencerap rekodkan berapa banyak bilangan meteor yang anda dapat lihat pada malam itu. Kita juga boleh merakamkan meteor ini dengan menggunakan kamera digital, jika ada kamera digital SLR lebih baik. Fokuskan kamera anda kepada infiniti dengan dedahan selama beberapa minit. Fenomena meteor yang banyak mencurah memasukki atmosfera  dalam satu masa  juga dinamakan sebagai hujan meteor. Pengalaman menyaksikan hujan meteor ini cukup menarik, oleh itu jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan fenomena ini. Walau bagaimanapun fenomena ini bergantung kepada keadaan cuaca dan kejenihan langit malam tersebut, jika cuaca mendung atau hujan atau berjerebu akan menghalang kita untuk melihat fenomena ini.

Read more
Planet Neptune

  neptune2010

 

 

 

 

Ini adalah image planet Neptune yang dirakamkan oleh NASA yang pada keadaan kini (20 Ogos 2010) berada dalam keadaan opposisi. Iaitu  kedudukan dimana matahari bumi dan planet ini berada dalam garisan lurus.  Pada keadaan ini planet Neptune akan muncul di langit timur pada waktu matahari mula terbenam dan berada pada titik tertinggi dilangit pada tengah malam. Biasanya pada ketika ini juga planet berada paling dekat dengan Bumi, kedudukan oposisi bagi Planet Neptune kali ini begitu istimewa kerana tidak lama lagi planet ini akan berada pada titik dimana ia  buat pertama kali dijumpai pada tahun 1846. Menjadikan ia melengkapkan satu pusingan lengkap buat pertama kalinnya semenjak dijumpai. Peristiwa ini akan berlaku dalam tahun 2011 dan Planet Neptune akan berada dalam buruj Capricon sama seperti kedudukan semasa pertama kali mula dijumpai. Planet Neptune mengambil masa 165 tahun untuk melengkapkan pusinganya mengelilingi matahari.
 Bolehkah anda melihat Planet Neptun dengan mata kasar? Ia cuma kelihatan seperti sebuah bintang yang agak malap dan amat sukar untuk dilihat dengan mata kasar. Walaubagaimana sekali pun ini adalah masa yang paling sesuai melihat planet Neptune, jadi jangan mensiakan masa selepas sembahyang terawih nanti . Cuba perhatikan planet ini yang berada berdekatan antara Buruj Aquarius dan Buruj Capricorn. Jika anda mempunyai sebuah binokular dan teleskop berkomputer sudah tentu ia akan memudahkan pencarian dan melakukan pemerhatian.

Salam,
Dr Rowi

Read more
Subuh Ramadan yang Hening..

Alhamdulillah, kita sudah melepasi sepertiga dari bulan Ramadhan. Fasa ‘rahmat’ yang sudah meninggalkan kita dengan kelajuannya tersendiri. Tidak perlu dihitung, malam 1, malam 2, malam 3 dan seterusnya, kerana sunatullah ‘Bulan yang meniti manzilahnya sehingga di akhir peredarannya ....’ (maksud sebahagian ayat al-Quran, 23:39). Girang dan gemilangnya wajah Bulan di langit yang semakin membesar kerana akan mengadap ‘akan Allah’ menjelang purnama nanti. Setiap malam dalam perjalanan kita ke surau atau masjid untuk menunaikan solat isyak dan terawih, sudah pasti mata kita tertumpu kepada ‘wajah qamar’ ini yang kelihatan semakin jauh ke arah timur. Di waktu subuh pula, kita terpandang seketika kepada buruj Orion (disebut juga nama timangannya sebagai ‘bintang Kiblat’) yang terdendeng di pertengahan langit timur...

 

baca lagi dilaman blog Dr Baharuddin Zainal

Read more
Seminar Pengenalan Falak Sarawak 2010

Seminar Falak & Astronomi Peringkat Negeri Sarawak 2010 telah diadakan pada 6 Ogos bertempat di Islamic Information Centre IIC dan telah dirasmmikan oleh YB Fadillah Yusof, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia. Program ini mendapat sokongan daripada Persatauan Astronomi Sarawak dan Pejabar Mufti Negeri Sarawak.

  dsc_0115

Seminar yang bertemakan 'Inovasi menerusi Falak' ini bermatlamat untuk memperkenalkan dan menjadikan falak sebagai anjakan paradigma masyarakat untuk manfaat bersama.  Seminar yang berlangsung selama satu hari ini dihadiri oleh lebih kurang 300 orang dari seluruh Sarawak yang termasuk pegawai agama, masjid,  surau dan juga pelajar Muslim dan non Muslim.

  dsc_0093


Read more
Buku Falak Baru

Assalamu'alaikum dan Salam Ramadhan,

Tuan/Puan,

Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Pusat Islam Universiti Sains Malaysia
dalam proses percetakan buku "Al-Quran dan Astronomi" (176 halaman) dan
"Astronomi dalam Pelbagai Perspektif Kajian: Sejarah, Sains dan Islam" (583
halaman) yang akan siap dalam tempoh tiga bulan, Insya Allah.

Promosi ini bertujuan jika ada sesiapa yang berminat bolehlah membuat
penempahan kepada pihak Pusat Islam ataupun jika berminat mendapatkan fail
pdf (ebook) boleh emel kepada saya untuk pembelian secara bank-in ke akaun
HSBC saya: 75-073007060 atau BSN: 02119-29-00011541-1 atas nama Nor
Azam bin Mat Noor.

Harga ebook adalah seperti berikut (dalam Ringgit Malaysia):
1. Al-Quran dan Astronomi = RM25
2. Astronomi dalam Pelbagai Perspektif Kajian = RM50
3. Kos pos CD (ekspres) = RM3.50

Sekian, wabillahi taufiq wal hidayah. Wassalam.

Yang benar,

Nor Azam bin Mat Noor.

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

 

 

buku_azam

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Read more
Rukyah dan hisab hanya wasilah bukan ghayah Ini adalah soalan mengenai Hisab & Rukyat yang diterbitkan oleh Harakah  13-16 Ramadan 1431/23-26 Ogos 2010 yang ditujukan kepada Dato Dr Haron Din.                        

 

DATO', kita mula berpuasa dan barhari raya melalui melihat anak bulan. Apakah rukyah itu itu mutlak dan tidak boleh ditukarkan dengan hisab. Di zaman serba eanggih ini, tidakkah hisab falaqi lebih tepat berbanding dengan rukyah yang kadang kala tersasar dan bulan terlindung. Mengapa tidak diamalkan hisab sahaja. Apa pandangan Dato'?

MOHD BAKI ABDUL SAMAD Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur

 

K ITA beribadah mengikut perintah Allah. Berpuasa dan berhari raya pun demikian juga. Perihal memulakan puasa dan ber­hari raya, sememangnya ada nas- nas syarak yang sahih, yang menyebut seeara umum, berpuasalah 'apabila ternampak anak bulan '(Ramadan) dan 'berhari rayalah apabila ternampak anak bulari (SyawaI).

Di atas itulah, rata-rata umat Islam, di mana sahaja,melaksanakan ibadah tersebut, mengikut cara tradisi sejakzaman Nabi Besar Muhammad s.a.w, sehingga ke hari ini. Lebih-lebih lagi di Timur Tengah, di Arab Saudi dan sebagainya, mereka menggunakan rukyah. .

  • Melihat anakbulan yang disebut rukyah, adalah sabit atas suruhan Nabi Muhammad s.a.w, seperti hadis daripada Abu Hurairah, Nabi bersabda (mafhumnya):

"Berpuasalah setelah kelihatan anak.bulan dan berbukalah (hari raya), setelah kelihatan anak bulan. Sekiranya anak bulan terlindung, maka sempurnakan bulan itu (Syaaban, 30 hari):' - Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Ada hadis yang kedua daripada Ibnu Umar yang juga sahih, Rasulullah s.a.w bersabda (mafhumnya):       

"Sekiranya anak bulan terlindung, maka kamu takdirkanlah dia (ada atau tidak ada)"

Ertinya ada dua hadis yang berbeza tetapi amat signifikan.

Kedua-duanya memberi erti, ada yang perlu digenapkan 30 hari sebulan dan ada yang disebut takdirkanlah ia sama ada, ia ada atau tidak.

Yang ada isyarah kepada boleh ditentukan anak bulan itu melalui hisab.

Sebab yang genapkan anak bulan itu 30 hari disebut oleh Nabi Muhammad s.a.w dengan sabdanya (mafhumnya):

"Kami adalah umat ummiy (tidak pandai membaca dan menulis) bulan Islam itu kadang ­kadang 29 hari, kadang-kadang 30 hari"

 Oleh kerana itu fukaha Islam dari dahulu hingga sekarang, tidak pernah selesai mem­bicarakan permasalahan ini, sama ada boleh menggunakan hisab semata-mata atau hisab yang digandingkan dengan rukyah.


Read more
Ilmu falak hasilkan rumusan efemeris serta cerapan lebih baik kenampakan anak bulan


PERISYTIHARAN awal Ramadan atau tarikh hari raya oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu adalah detik ditunggu-tunggu untuk mendapatkan keputusan muktamad bermulanya puasa dan Aidilfitri.


Pengisytiharan permulaan bulan Islam di negara ini berdasarkan rukyah iaitu aktiviti melihat anak bulan pada hari ke 29 setiap bulan hijrah. Hari ini, bersamaan 29 Syaaban 1431 hijrah, pihak berkuasa membuat persiapan bagi menentukan tarikh 1 Ramadan.

Rukyah turut dilakukan pada hari ke 30 jika anak bulan tidak kelihatan hari sebelumnya bagi tujuan analisis dan rekod kerana tarikh awal bulan ditetapkan berdasarkan rukyah hari ke-29. Ada kalanya rukyah dilakukan pada petang 1 hari bulan baru jika anak bulan masih gagal dikesan hari sebelumnya kerana masalah cuaca. 

Hisab menurut pelaksanaan di Malaysia adalah aktiviti menghitung ‘efemeris' bulan dan matahari serta elemen berkaitan dan seterusnya melakukan analisis bagi membuat justifikasi sama ada anak bulan pada hari ke 29 suatu bulan hijrah itu, kelihatan atau sebaliknya. 

Hitungan hisab adalah berasaskan aktiviti cerapan (rukyah) yang dilakukan sekian lama sejak sebelum kedatangan Islam. Hasil cerapan ini dicatat dalam banyak manuskrip, disusun menjadi rumusan sains mengenai kenampakan anak bulan dan jangkaan mengenainya.

Read more
Anak Bulan Cuma Kiasan

Kaedah lihat kedudukan, cahaya sebahagian hilal syarat asas tentukan Syawal

SETIAP kali hadirnya dua bulan penting dalam kalendar Islam iaitu Ramadan dan Syawal, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja menjadi individu paling popular untuk mendengar pengumuman permulaan puasa dan hari raya. Lazimnya, kita hanya menunggu di depan televisyen bagi mengetahuinya tanpa mengambil tahu pendekatan menetapkan tarikh itu.

Persoalanya, bagaimanakah tarikh itu diputuskan? Apakah alasan di sebalik perbezaan kaedah yang digunapakai negara Islam bagi menentukan tarikh penting ini?

Pertemuan dengan Ketua Bahagian Falak, Kompleks Falak Al-Khawarizmi di Melaka, Dr Kassim Bahali, baru-baru ini merungkaikan banyak persoalan berkaitan. Di Malaysia, kaedah yang digunakan adalah Rukyah dan Hisab atau dalam bahasa Melayunya mencerap dan mengira. Rukyah, menurut Dr Kassim, sebagai mematuhi Sunnah Rasulullah SAW dalam hadis diriwayatkan Bukhari dan Muslim yang bermaksud: "Berpuasalah kamu kerana melihat hilal dan berbukalah kami kerana melihat hilal. Bila hilal tertutup atasmu, maka sempurnakanlah bilangan Syaaban tiga puluh hari."

 

pix_gal1

 

 

Dr Kassim Bahali sedang menyiapkan peralatan untuk cerapan.

Read more
Fenomena Astronomi September 2010

Istiqbal Musytari dengan Bumi

September ini bulan yang meriah kerana sambutan hari raya Adil Fitri 1431 yang disambut oleh umat Islam, jatuh dalam bulan ini.  Dari hitungan yang dibuat, Bulan  akan mengalami Ijtimak pada jam 18:30; 8 September 2010 bersamaan 29 Ramadhan 1431. Ijtimak kali ini berlaku pada kedudukan Bulan mengalami perigee (perigee ialah kedudukan Bulan paling dekat dengan Bumi).  Bulan pada kedudukan perigee boleh menyebabkan air laut mengalami pasang besar. Pada hari 29 Ramadhan  merupakan hari rukyah(cerapan) , pada petang hari ini umat Islam digalakkan mencerap hilal bagi menentukan bilakah bermulanya 1 Syawal. Pada petang 8 September, bulan baru berumur 44 minit ketika Matahari terbenam di Tanjung Bidara Melaka dan Bulan terbenam lebih dahulu dari Matahari. Jika Bulan terbenam lebih dahulu dari Matahari, hilal tidak mungkin dapat dilihat di atas ufuk. Di Malaysia satu jawatankuasa rukyah yang telah dilantik oleh pihak berkuasa untuk pergi mencerap  hilal pada petang 29 Ramadhan. Sebanyak 29 lokasi di seluruh negara telah ditentukan untuk cerapan hilal, jawatankuasa tersebut akan melakukan cerapan di lokasi berkenaan pada petang tersebut, sekiranya hilal dapat dilihat selepas ghurub,  malam itu bermulalah 1 Syawal. Sebaliknya jika tidak kelihatan umat Islam akan mengenapkan puasa Ramadhan menjadi 30 hari. Pada petang 29 Ramadhan tersebut, bulan terbenam lebih awal dari Matahari. Keputusan cerapan akan diserah kepada Majlis Raja-raja  oleh jawatan kuasa tersebut dan pengumumam akan dibuat oleh penyimpan mohor besar Raja-raja, bilakah permulaan 1 Syawal.

Dalam kemeriahan umat Islam menyambut hari raya di bulan Syawal, berlaku beberapa fenomena astronomi di langit. Diantara fenomena yang ditonjolkan dan tersenarai sebagai fenomena menarik pada September ini ialah istiqbal (opposition) Musytari. Jika pada 22 Mac telah berlaku istiqbal Zuhal (lihat Dewan Kosmik Mac 2010), pada 21 September ini berlaku istiqbal Musytari. Istqbal ialah fenomena apabila kedudukan jasad samawi dalam keadaan bertentangan dengan Matahari dilihat dari Bumi atau sudut longitud samawi ialah 180 darjah. Planet Musytari merupakan planet yang kelima dari Matahari dan yang paling besar dalam sistem suria dengan diameter 143,000 km dan isipadunya 1321 kali ganda Bumi. Istiqbal Musytari ini adalah yang paling menarik dalam tempoh pusingan orbitnya 12 tahun (lebih tepat lagi 11.86 tahun). Ini bermakna ia bergerak dalam tempoh satu tahun ialah 1/12 bahagian dari orbitnya di langit. Dalam tempoh tersebut ia melalui satu kawasan buruj zodiac dan tahun 2010 ia berada secara puratanya dalam buruj Aquarius. Buruj Aquarius terletak di antara buruj Capricon dan Pisces.  Istiqbal kali ini orbit Musytari hanya satu darjah selatan dari ikliptik (laluan Matahari) dan jaraknya lebih dekat dibandingkan dengan jarak purata dari Matahari. Jarak puratanya dari Matahari ialah 5.2 A.U (1 A.U ialah jarak Bumi-Matahari, 150,000,000 km). Oleh itu planet ini kelihatan lebih besar dan terang kali ini. Saiznya ialah 50"  dan magnitudnya ialah -2.9. Dengan magnitud tersebut menjadikan ia objek yang paling terang di langit sepanjang malam selain Bulan. Istiqbal Musytari kali ini berlaku pada jam19:00 waktu tempatan 21 September. Ia berada tinggi di langit pada altitud 72 darjah di tengah  malam dan boleh dilihat sepanjang malam. Pada malam ini turut diterangi oleh cahaya Bulan kerana Bulan hampir purnama.

Read more
Planet Zuhrah & Musytari terang di Langit

Pada 11 September 2010 / 3 Syawal 1431;  Bulan dan Zuhrah berada berdekatan di langit pada sudut pisahan 1.80 darjah. Ketika Mathari terbenam ia berada pada altitud 33 darjah. Berhampiran dengan mereka di sebelah kanan ialah planet Marikh dan bintang Spica.

bulan_zuhrah1

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pada malam yang sama juga kelihatan planet Mustari yang terang di sebelah timur dan pada bulan ini ia sangat terang kerana ia berada hampir dengan Bumi dan akan mengalami istiqbal pada 21 September.

  musytari

 

Read more
Fenomena Astronomi Oktober 2010


Mira : bintang berubah yang menarik

Pada malam yang  langit tidak berawan dan tiada cahaya Bulan kita akan dapat melihat banyak bintang-bintang bertaburan menghiasi langit.  Sekali pandang bintang-bintang tersebut kelihatan hampir sama seperti satu titik cahaya ada yang terang dan ada yang malap. Sebenarnya bintang-bintang tersebut tidak sama, ada yang berbeza dari saiznya, ada yang berbeza dari kecerahannya, ada yang berpasangan dan berganda. Oleh yang demikian, ahli-ahli astronomi telah mengkategorikan bintang-bintang  di langit dalam beberapa kategori  diantaranya ialah bintang berubah (variable star). Bintang berubah ialah bintang yang mempunyai kecerahan yang sentiasa berubah dari semasa ke semasa. Perubahan kecerahan ini mungkin mengambil masa beberapa hari, minggu, bulan atau tahun. Perubahan kecerahan bintang ini boleh diperhatikan dengan membuat perbandingan dengan bintang yang berhampiran yang kecerahannya mantap dan tidak berubah.

Kecerahan bintang  tersebut berubah dari sebuah bintang yang cerah akan berkurang kecerahannya sehingga menjadi malap dan tidak dapat dilihat dalam tempoh mungkin beberapa hari, minggu, bulan atau tahun. Bintang berubah yang pertama ditemui ialah Mira, bintang bersaiz besar dan berwarna merah dalam buruj Cetus. Ia ditemui oleh David Fabricus (1564-1617) ahli astronomi amatur Belanda. Kecerahan bintang ini berubah dari paling cerah dengan magnitud 2.0  beransur-ansur menjadi malap dan akhirnya  tidak dapat dilihat  pada magnitud 10.1. Perubahan kecerahan bintang ini  mengambil masa secara purata 332 hari. Perubahan kecerahan ini disebabkan pengembangan dan penguncupan saiznya serta kehilangan jisim akibat ketidakstabilan bintang tersebut. Ini adalah menandakan bintang ini sedang menghampiri akhir hayatnya. Pengembangan saiz bintang ini sehingga menyamai jarak  orbit Bumi-Matahari.  Ini bermakna jika ada planet mengorbit bintang ini, ia akan ditelan oleh Mira.

Read more
Eidul Adha Malaysia & Arab Saudi tidak sama

Terdapat pertanyaan dikalangan masyarakat mengenai perbezaan tarikh sambutan Eidul Adha diantara Malaysia dan Arab Saudi.

Persatuan Falak Syar'i Malaysia bersetuju dan menyokong pendirian pihak berkuasa Agama Islam Malaysia, iaitu JAKIM, untuk menetapkan 1hb Zulhijjah 1430H pada 8hb November 2010. Ini adalah berdasarkan kriteria Imkannurukyat, dalam pembuatan kalendar atau taqwim Hijri, yang diamalkan di Malaysia semenjak tahun 1995.

 

Read more
Kursus Pendidikan Ilmu Falak: TAQWIM HIJRI

Kursus Pendidikan Ilmu Falak: TAQWIM HIJRI telah diadakan pada 12 Muharam 132H/18 Disember 2010 bertempat di Yayasan Muslimin Malaysia Berhad, Pusat Bandar Sri Gombak, Selangor Darul Ehsan. Kursus ini dianjurkan sempena Muktamar Sanawi Ke-16 Persatuan.  Panel penceramahnya terdiri daripada Tuan Syed Kamarulzaman bin Syed Kabeer (Yang DiPertua, PFSM) dan Dr. (H) Hj Kassim bin Bahali (Setiausaha PFSM). Seramai 26 orang peserta telah menghadiri kursus ini yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan peringkat umur dari seluruh negara.

dsc00704

 dsc00719

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

dsc00736

Diakhir kursus, semua peserta  telah diberi Sijil Penyertaan yang disampaikan oleh  Yang DiPertua PFSM. 

Read more
YB Dato Seri Jamil Khir Penaung Persatuan

Pada 5 Safar 1432H bersamaan 10 Januari 2011 yang lalu satu kunjungan hormat Ke Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom dibuat oleh Ahli-Ahli Jawatankuasa Persatuan Falak Syar'i Malaysia.

Rombongan Persatuan terdiri daripada YDP, Tn Syed Kamarulzaman, Setiausaha, Dr Kassim Bahali, Bendahari Dato Wan Abdullah Ahmad, AJK iaitu Dr Ibnor Azli, Ust Zakaria Mustaffa, Abdul Rahonny dan Sdr Wan Johan.

Pertemuan itu merupakan pertemuan yang pertama diantara Persatuan dan YB Menteri dimana Persatuan telah diperkenalkan kepada YB Menteri. 

Persatuan juga telah memaklumkan kepada YB Menteri mengenai projek Persatuan iaitu pembinaan sistem "Waktu Solat atas Pesawat". YB Menteri memberikan respons yang sangat positif dan beliau akan memberikan sokongan kepada Persatuan untuk melaksanakan projek itu.

Alhamdullilah, YB Menteri telah berkenan perlantikan sebagai Ahli Kehormat Persatuan  dan menjadi Penaung kepada Persatuan falak Syar'i Malaysia.

 100_0008

 

Read more
PFSM di TV Al Hijrah

Pada 5hb Jun lalu, YDP Persatuan, Tn Syed Kamarulzaman telah ditemuramah dalam program "Assalamualaikum" di TV Al Hijrah mengenai penentuan dan penetapan arah Qiblat masjid dan tanah perkuburan.

Read more

Artikle Dalam Surat Khabar

 Tiga artikle mengenai ahli Persatuan tersiar dalam suart khabar beberapa hari lalu.

Pada 24Ogos Harian  Kosmo ada menerbitkan artikle mengenai bila 1hb Syawal. Anda boleh membacakanya disini:

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0824&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm

Pada 28hb pula, New Straits Times ada menyiarkan artikle mengenai ahli Jawatankuasa Persatuan, iaitu Dr Mahamarowi.

  http://www.nst.com.my/nst/articles/18star/Article/

 

Pada 29hb Ogos pula, New Straits Times ada menyiarkan artikle mengenai keperluan rukyat. Sila membaca disini:

http://www.nst.com.my/nst/articles/13moonxx/Article

Read more
Kursus Waktu Solat Dalam Penerbangan

 

Nama Seminar

 

Waktu Solat Dalam Penerbangan

 

Anjuran

 

Persatuan Falak Syar'i Malaysia

Tarikh, Tempat & Masa

26 November 2011 (Sabtu)

Kompleks Falak Al-Khawarizmi Melaka.

9.00 pagi - 1.30 petang

Pengisian/Modul

  • Kertas 1 (Projek Waktu Solat Dalam Penerbangan) - Syed Kamarulzaman bin Syed Kabeer
  • Kertas 2 (Mencerap Suria dalam Pesawat) - Dr.(H) Kassim bin Bahali
  • Kertas 3(Kearah Penghasilan Model Pencerapan Suria dialtitud tinggi)Dr. Abdul Halim Abdul Aziz

Penyertaan

Terbuka kepada 30 orang peserta sahaja

Bayaran

RM 30.00 (Ringgit Malaysia Tiga Puluh Sahaja)

 (termasuk nota, sijil penyertaan dan sajian)

 

 

Aturcara

 

Masa

 

Perkara

 

 

9.00 pagi

 

Pendaftaran & sarapan

 

10.00 pagi

 

Ucapan aluan Yang DiPertua Persatuan Falak Syar'i Malaysia

 

10.30 pagi

 

Kertas 1

 

11.30 pagi

 

Kertas 2

 

12.30 tengahari

 

Kertas 3

 

 

 

Penyampaian Sijil Penyertaan Kursus

 

1.30 petang

 

Makan Tengahari & Solat Zohor Berjemaah

 

3.00 petang

 

Muktamar Sanawi PFSM Ke-17

 

4.30 petang

 

Bersurai

Read more

Marikh

 mars_19_2_12

Imej planet marikh yg dirakamkan pada 2.01 pg pada 19.02.12 bersama pelajar Maahad Muhammadi Lelaki, Miqdad Noran.


Rakaman dibuat melalui teleskop Takahashi's Mewlon 10'' dengan menggunakan kamera Skynyx 2-1 C sebanyak 1000 frame diambil dan diproses melalui RegiStax.


Untuk maklumat, planet Marikh akan berada pada posisi yg dekat dgn Bumi tidak berapa lama lagi, jadi, kita akan memantau perubahan pada saiz dan permukaan planet ini setiap mlm jika cuaca mengizinkan.

Read more
Cerapan

Imej planet Zuhal yang dirakamkan pada Mar 28hb.Planet ini akan berada pada kedudukan oposisi tidak berapa lama lagi.Pada kedudukan ini planet Zuhal akan berada pada jarak yang paling dekat dengan Bumi dan akan kelihatan sepanjang malam. Dengan kata lain planet ini akan terbit pada waktu Maghrib dan terbenam ketika Matahari  terbit diufuk timor.

  saturn1_27-3-02

Manakala planet Marikh pula kelihatan makin kecil dan tetapi masih sangat menarik untuk dilihat. Pada malam kelamarin planet Marikh kelihatan mempunyai dua tompok putuh pada kedua-dua kutubnya.

 SalamDr. Rowi

Read more
Suria Indah

Imej matahari yang dirakamkan pada pagi ini 26-5-12 di Balai Cerap Mini Dr Mahamarowi Kota Bharu

Mengikut ramalan spaceweather tidak banyak aktiviti tompok matahari buat 3-4 hari kebelakangan ini tetapi letusan semarak sangat aktif sekali dan ini sangat jelas pada imej yang dirakamkan pada pagi ini.

Tetapi  sayang sekali cuaca pada KB tidak cukup untuk kita membuat pemantauan secara berterusan. Jika ahli kita mempunyai teleskop matahari seperti coronado disyorkan untuk memantau aktiviti2 ini supaya ia lebih menarik. Jika aktiviti semarak berterusan semasa transit venus tentu sekali fenomena ini akan jadi lebih menarik.. 

Salam dari Balai Cerap Mini Dr. Rowi 

  sun7_26-5-12_copy

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

sun3_26-5-12p

Read more
Bengkel Jam Suria di UKM

Satu bengkel pengenalan kepada Tongkat Istiwa dan Jam Suria telah diadakan pada 23hb Mei di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Bangi Selangor. Bengkel  sehari itu telah dihadiri oleh seramai 50 orang pelajar daripada UKM dan Universiti Sains Islam (USIM). Bengkel yang telah kendalikan oleh Tn Syed Kamarulzaman (YDP) PFSM di rancangkan oleh Dr Ibnor Azli, Pensyarah Kanan Jabatan Syariah Fakulti Pengajian Islam UKM.

Bengkel sehari itu telah mendedahkan teori, penghisaban, kegunaan dan pembuatan alat Tongkat istiwa dan Jam Suria. Jam  Suria yang di bincangkan adalah jenis KhatulIstiwa, Mengufuk  dan Tega.  Jensi waktu yang dapat dibacakan daripada jam suria saperti Waktu Ketara tempatan dan Waktu Piawai Malaysia dibincang.

CIMG9968

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

   

Read more
Mencerap Gerhana Bulan Di Pulau Mabul Sabah

YDP Tn Syed Kamarulzaman telah mengikuti rombongan JAKIM ke Pulau Mabul untuk mencerap Gerhana Bulan separa pada 4hb Jun lalu.

 

DSC04300

 

Sebahagian drp rombongan JAKIM; drp kiri: Ust Shahrilazwan, YDP, Dato Prof Dr Zamri, Ust Zakuwa, dr Azhari & Dr Zainol Abidin Read more

Cerapan Langit Dalam Penerbangan

 3 kumpulan pencerap daripada Persatuan telah membuat pencerapan dalam penerbangan MAS. Ini adalah sebahagian daripada pencerapan yang telah dilakukan oleh PFSM semenjak tahun 2011 dalam rangka kerja 'Projek Waktu Solat Dalam Penerbangan. Projek ini telah diamanahkan kepada PFSM oleh JAKIM dengan kerjasama Syarikat Penerbangan Malaysia Airlines.

   Read more

Persatuan di Darul Quran JAKIM

Satu Seminar Falak Syar'ie Darul Quran telah diadakan di Darul Quran JAKIM di Kuala Kubu Bharu Selangor. Program yang diadakan ini bersempena Minggu Intifadhah 2012. Program ini telah berlangsung selama 2 hari 11 & 12 Ogos 2012 (Sabtu & Ahad).

Persatuan melalui kumpulan Krew Kembara Angkasa telah mengadakan pameran dan mengisikan slot seminar tersebut. Untuk maklumat lanjut sila baca blog Sdr Razlan, ketua KKA.

Tahniah kepada rakan rakan yang telah berjaya menganjurkan Seminar tersebut dan terima kasih kepada Krew Kembara Angkasa kerana dapat berusaha menggadakan pameran dan ceramah.

Read more
Kunjungan Hormat Cucu Sheikh Abdullah Fahim

Persatuan telah menbuat, pada bulan September lalu, satu kunjung hormat ke pejabat YBhg Dato Hj Ibrahim b Ahmad Badawi, iaitu cucu kepada Allahyarham  Syeikh Abdullah Fahim, seorang tokoh falak di Nusantara.

Read more

Program KKA di Masjid Kuantan, Kelang

Kumpulan Pengerak Krew kembara Angkasa (KKA), yang diketuai oleh Sdr Razlan Ahmad telah mengadakan pameran dan jualan sempena Forum 'Jom Hijrah Tolak Jahiliah' yang telah dianjurkan oleh pihak Masjid Kg. Kuantan pada semalam (Ahad, 30 September 2012/14 Zulkaedah 1433h).

  Sila baca lagi mengenai program ini dipautan ini:

kgkuantan

Read more
Expedisi ke Pontianak

Dr Kassim Bahali telah mengetuai satu rombongan ke Pontianak,Indonesia untuk melihat fenomena equinox.


Read more
Bulan Purnama Paling Besar dan air laut pasang besar

Apakah yang boleh disaksikan apabila Bulan berada pada kedudukan paling dekat dengan Bumi?  Kita berpeluang melihat saiz Bulan purnama yang lebih besar dari Bulan purnama yang sebelumnya. Ini adalah saiz ketara Bulan yang paling besar tahun 2013. Boleh disaksikan sepanjang malam sejak dari Bulan terbit di timur sehingga terbenam di barat. Pada tarikh tersebut Bulan terbit beberapa minit sebelum Matahari terbenam pada jam 19:21. Ia akan berada tinggi di tengah langit selepas tengah malam pada jam 01:28. Ia akan terbenam pada jam 7:41 pagi (24 Jun) selepas  20 minit Matahari terbit.

Read more
Hilal penentu Ramadan

Bulan ini umat Islam akan menyambut bulan yang mulia mengikut taqwim Islam, bulan Ramadan tahun 1434H. Bulan ini dinantikan oleh orang yang beriman kerana bulan ini mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Ini satu-satunya bulan yang disebut di dalam Al-Quraan (Al-Baqarah :185). Di antara keistimewaan Ramadan ialah dijanjikan rahmat, keampunan dari Allah serta pembebasan dari api neraka bagi orang yang beriman.

Read more
Syaaban berlalu, Ramadhan menjelma

Syaaban 1434 akan melabuhkan tirainya hanya beberapa jam lagi bagi memberi laluan kepada Ramadhan 1434. Ramadhan bulan yang penuh dengan rahmat dan janji kebaikan bagi orang-orang beriman.

Read more
Hujan meteor Perseids 12-13 Ogos

Ogos ini bulan umat Islam menyambut perayaan Aidilfitri. Bermula 8 Ogos umat Islam menyambut 1 Syawal 1434H. Suasana riang umat Islam merayakan Aidilfitri jelas dapat dilihat di kota dan desa sepanjang bulan ini. Malam hari ceria dengan cahaya lampu yang bergemerlapan dan percikan bunga api. Dalam suasana malam yang ceria ini di langit juga dihiasi dengan kilauan cahaya. Kilauan cahaya ini bergerak pantas melintasi langit malam. Kilauan cahaya ini sebenarnya adalah meteor yang menerjah masuk atmosfera Bumi.

Read more
Muzakarah Falak JAKIM 2013
Muzakarah Falak 2013 anjuran Jabatan Mufti Negeri Pahang dengan kerjasama Jakim telah diadakan pada 27 hingga 29 Ogos 2013 di Hotel M.S. Garden Kuantan Pahang. Hampir 100 orang peserta telah hadir terdiri daripada ahli Jawatankuasa Teknikal Kalendar Islam Jakim, wakil Jabatan Mufti Negeri-Negeri, wakil Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, wakil Institut Pengajian Tinggi Awam dan badan bukan kerajaan yang terlibat dalam bidang falak di Malaysia.
 
Sebanyak lapan kertas kerja telah dibentangkan dalam muzakarah kali ini. Antaranya:
  1. Kajian Waktu Solat Bangunan Tinggi.
  2. Kesan Ketinggian Terhadap Penentuan Waktu Solat.
  3. Faktor-Faktor Pertimbangan Dalam Kajian Waktu Solat Bagi Bangunan Tinggi.
  4. Kesan Kedalaman Terhadap Penentuan Waktu Solat.
  5. Kajian Arah Kiblat Kubur Negeri-Negeri.
  6. Hukum Menentukan Semula Arah Kiblat Kubur dan Jenazah.
  7. Kaedah Hitungan Tempoh Enam Bulan Dua Lahzah Mengikut Takwim Hiri Untuk Penentuan Status Sah Nasab.
  8. Metodologi Kajian Penentuan Masuknya Fajar Sadiq dan Hilangnya Syafaq Ahmar.
Muzakarah telah dirasmikan oleh YB Tuan Syed Ibrahim bin Syed Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Dakwah dan Tugas-Tugas Khas Negeri. Majlis penutup telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Haji Razali bin Shahabudin, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan), Jakim.
 
Beberapa orang exco dan ahli Persatuan falak Syari Malasyia telah hadir sebagai peserta dan juga pembentang kertas kerja. Diantaranya adalah:
 
Tn Syed Kamarulzaman yang membentangkan kertas kerja mengenai ' Metodologi Kajian Penentuan Masuknya Fajar Sadiq dan Hilangnya Syafaq Ahmar'. 
Dr Ibnor Azli, Prof Madya Dr Abdul Halim, Dr Azhari Mohamad dan  Dr Saadan juga membentangkan jkertas kerja.
Turut hadir adalah Hj Kassim Bahali, Dr Razwan.
 
Satu resolusi telah dikeluarkan selepas Muzakarah itu dan beberapa cadangan yang dikemukan oleh pembentang dan peserta daripda Persatuan telah dimasukkan sebagai resolusi Muzakarah.
 
Mesyuarat Exco juga telah diadakan pada ketika Muzakarah dengan kehadiran Sdr Wan Johan bersama beberapa orang ahli exco yang lain.
Read more
Muktamar 2013
Kepada:
 
Semua Ahli Persatuan Falak Syar’i Malaysia
yang dihormati dan dirahmati Allah
 
 
Salam,
 
MUKTAMAR SANAWI PERSATUAN FALAK SYAR’I  MALAYSIA TAHUN 2013
 
Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Persatuan Falak Syar’i Malaysia (PFSM) akan mengadakan Muktamar Sanawi tahun 2013 seperti berikut:-
 
                                       Tarikh    : 15 Zulhijjah 1434H/ 20 Oktober 2013 (Ahad)
 
                                       Masa      : 12.00 tengahari
 
                                       Tempat : Dewan Kuliah 1, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi.
 
 
3.       Dengan ini dilampirkan bersama notis muktamar dan tentatif ringkas  untuk makluman dan tindakan pihak Dato’/tuan/puan selanjutnya. 
 
4.       Sebarang urusan mengenai program diatas bolehlah diajukan terus kepada  saya, Sharifah Shazwani, Urusetia Muktamar PFSM, melalui 013-3186534   atau  fax: 03-7710 4025 atau emel   This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. .
 
5.       Kerjasama dan kehadiran Dato’/tuan/puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
 
 
Sekian, wasalam.
Read more
Fenomena Astronomi Oktober 2013

Langit malam bulan Oktober, di bahagian  utara terdapat satu kumpulan bintang atau buruj dengan lima bintang terang di dalamnya. Ia seperti huruf “W” dikenali sebagai Cassiopeia. Ia digambarkan seolah-olah seperti  seorang Ratu yang  sedang duduk di kerusi.

Read more
You are here: Home