Please update your Flash Player to view content.

Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel

Home

MyMuwaqqit

MyMUWAQQIT – PEMBIMBING MUSAFIR MUSLIM

Persatuan Falak Syar'i Malaysia (PFSM) telah mengambil satu inisiatif menyediakan penyelesaian untuk umat Islam menentukan waktu solat dalam penerbangan (WSDP) Inisiatif ini tercetus disebabkan kegusaran umat Islam mengenai waktu solat ketika berada dalam penerbangan disebabkan ketiadaan panduan yang tepat.

PFSM menggunakan gabungan tenaga ulama saintis tempatan, untuk melakukan kajian fenomena langit dan matahari, dalam penerbangan jarak jauh, untuk mendapatkan parameter yang diperlukan untuk perkiraan waktu solat di ketinggian penerbangan pesawat. Kajian telah menghasilkan 52 set data yang meliputi 45 penerbangan mulai tahun 2011 hingga 2012. 

MyMuwaqqit telah dilancarkan pada 19 November 2015 oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri YB Mejar Jeneral (B) Dato' Seri Jamil Khir bin Haji Baharom

IMG-20151119-WA0014

 

Duapuluh penerbangan telah ditajakan oleh Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) untuk pengkaji daripada PFSM. Penerbangan itu meliputi hemisfera Utara dan Selatan dan merangkumi kesemua musim. Dua puluh lima set data lagi telah diperolehi oleh juruterbangan MAS yang telah membantu melakukan pencerapan ketika dalam penerbangan.mas

Cerapan yang dirancangkan untuk melihat samaada berlaku perbezaan didalam nilai sudut zenith dan pembiasan yang bergantung kepada musim dan hemisfera.

Penerbangan dibuat mengikut 4 musim, merangkumi hemisfera Utara dan Selatan dan ada element 'redundancy' jika berlaku cuaca yang tidak diduga dalam sesuatu penerbangan.

Data hasil cerapan itu telah dianalisa untuk mendapatkan sudut zenit untuk permulaan waktu  Fajar, Syuruq, Ghurub dan Isya dan juga pembiasan yang berkaitan pada ketinggian penerbangan pesawat yang lazimnya diantara 35000 hingga 39000 kaki di udara.

Hasil kajian itu telah digunakan untuk mengeluarkan perisian yang boleh membantu musafir Muslim melaksanakan solat pada waktunya dalam penerbangan.

KERJASAMA AGENSI KERAJAAN MALAYSIA DALAM PROJEK INIIMG-20151122-WA0004

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengamanahkan projek ini kepada Persatuan Falak Syar'I Malaysia untuk dilaksanakan dan mendapat sokongan daripada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, YB Mejar Jeneral (B) Dato' Seri Jamil Khir bin Haji Baharom.

Kementerian Pengangkutan telah juga terlibat dengan mendapatkan kerjasama Syarikat Penerbangan Malaysia untuk terlibat dalam projek ini.

MAS telah menaja 20 penerbangan untuk pasukan pengkaji PFSM. Bagi setiap penerbangan akan dibenarkan 2 orang pengkaji berada dengan juruterbang dalam cockpit untuk melakukan pencerapan. Ruang dalam cockpit pesawat hanya boleh memuatkan dua orang pemerhati dan 2 orang juruterbang sahaja.

Beberapa orang juruterbang MAS juga telah melakukan cerapan berasingan dan data yang diperolehi mereka juga digunakan dalam penganalisaan.

Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah juga memberikan sumbangan dana untuk pembangunan sofwer ini.

MyMUWAQQIT adalah merupakan satu hadiah daripada Malaysia kepada seluruh umat Islam di serata dunia dimana perisian ini boleh digunapakai untuk semua syarikat penerbangan yang ada.

Adalah menjadi satu kebanggaan kepada Malaysia dimana perisian ini dibangunkan sepenuhnya oleh rakyat Malaysia dengan kerjasama pelbagai pihak dan ianya memberi manfaat besar kepada masyarakat Islam diseluruh dunia.

 

You are here: Home Berita Latest MyMuwaqqit