Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel

Eid Mubarak 1438

Yang DiPertua dan seluruh exco Persatuan Falak Syar'i Malaysia ingin mengucapkan selamat menyambut Eidul Fitri kepada ahli dan peminat falak di Malaysia.

 

Data hilal untuk rukyah hari ini adalah saperti berikut:

 

Resolusi Kongres Istanbul 2016

Kenyataan Akhir Kongres Penyatuan Takwim Hijri Antarabangsa

 

Kongres Penyatuan Takwim Hijri Antarabangsa anjuran Pejabat Presiden Diyanet Republik Turki telah diadakan di Istanbul pada 21 hingga 23 Syaban 1437 bersamaan 28 hingga 30 Mei 2016. Antara yang hadir dalam kongres tersebut ialah kementerian negara-negara Islam yang terlibat, majlis fatwa, wakil majlis perundangan Islam, para ulama dan ahli astronomi Islam. Pada hari pertama kongres berlangsung, isu Rukyah Hilal (melihat bulan melalui pendekatan astronomi untuk penentuan awal bulan dan hari raya) daripada sudut pandangan astronomi dan undang-undang Islam telah dibincangkan. Manakala selepas itu, isu aspek sosial dan politik bagi penggunaan kalendar yang berbeza turut dibincangkan. Pada hari kedua, Jawatankuasa Saintifik, yang telah dibentuk terlebih awal, telah membentangkan cadangan penggunaan Kalendar Tunggal dan Dwi Kalender . Selepas perbincangan dan pengundian dijalankan, cadangan penggunaan Kalender Tunggal telah diterima pakai. Majoriti ahli perwakilan dalam kongres tersebut menerima keputusan dan cadangan seperti berikut:

 

Keputusan:

 1.Kongres tersebut telah mengesahkan keputusan kongres dan persidangan yang lalu dan akademi-akademi perundangan Islam. Oleh itu, prinsip-prinsip asas dan kriteria yang diguna pakai pada tahun 1966 oleh Akademi Kajian Sains, Persidangan Kuwait tahun 1973, tahun 1978 oleh Persidangan Istanbul, tahun 1986 oleh Akademi Fiqh Islam Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Majlis Penyelidikan dan Fatwa Eropah pada tahun 2009 dan Persatauan Akademi Fiqh pada tahun 2012 telah disahkan. Antara kriteria dan prinsip yang paling penting ialah: Prinsip asas untuk menentukan awal bulan ialah melihat anak bulan sama ada dengan menggunakan mata kasar atau melalui kaedah astronomi moden. Konsep ikhtilaf al-mathali‘ (pelbagai ufuk) bagi melihat anak bulan tidak boleh lagi diterima dan diguna pakai. Jika anak bulan ini kelihatan di mana-mana satu tempat, maka kenampakkannya akan diterima pakai bagi penentuan awal bulan baru di seluruh dunia.

 

2.Oleh kerana kongres ini menerima cadangan penggunaan Kalender Tunggal, maka umat Islam seluruh dunia kini akan menggunakan takwim hijri yang sama. Melihat anak bulan menerusi mata kasar atau dengan menggunakan instrumen saintifik astronomi akan menjadi asas kepada pembinaan Kalender ini. Keputusan dibuat untuk tidak mengambil kira konsep ikhtilaf al-mathali yang diterima pakai oleh sebilangan pakar undang-undang Islam dan institusi undang-undang Islam itu sendiri. Selain itu, cadangan penggunaan sistem kalendar ini juga ini telah mengambil kira dalil-dalil nas syarak serta kaedah-kaedah astronomi yang mana tidak bercanggah di antara satu sama lain.

 

Kelebihan Penggunaan Kalendar Yang Dicadangkan

 

Kalender Tunggal menawarkan penyelesaian penting bagi masalah yang dihadapi oleh umat Islam, terutamanya golongan minoriti Muslim. Satu daripada kelebihan penggunaan kalendar tersebut ialah umat Islam di seluruh dunia akan mula berpuasa dan menyambut hari raya pada hari yang sama. Malah, tidak timbul lagi situasi janggal apabila kumpulan minoriti Muslim yang berbeza dalam sebuah negara mula berpuasa dan meraikan hari raya pada dua atau tiga hari yang berbeza. Perbezaan ini mendatangkan kekeliruan kepada umat Islam lain yang melihat segolongan mereka menunaikan ibadah wuquf di Arafah yang jatuh pada hari kesembilan Zulhijjah dimana pada hari yang sama di tempat berbeza tarikhnya ialah tujuh atau lapan Zulhijjah. Agama Islam ialah agama Tawhid yang menuntut semangat kesatuan dan perpaduan umat Islam sebagai asas dan keperluan. Sistem Kalender yang dihisab dan disediakan lebih awal akan memberi kesan kepada golongan minoriti Muslim agar dapat menyambut ketibaan hari raya dengan sempurna. Oleh yang demikian, ia sedikit sebanyak akan menghilangkan tanggapan banyak pihak yang mengatakan Islam tidak menerima sains, bahkan sebenarnya sains itu sendiri adalah sebahagian daripada Islam, sebagaimana ayat pertama al-Qur’an yang diturunkan, iaitu    إقراءyang bermaksud ‘Bacalah’ menerusi penekanan kepada pengetahuan dan sains.

 

3.    Kongres ini menawarkan peluang kepada golongan minoriti Muslim yang tinggal di Eropah, Amerika dan di sekitarnya untuk bekerjasama dalam usaha menyatukan sambutan hari raya, upacara penting lain dan pandangan dan perasaan mereka. Di samping itu, pentadbiran agama negeri turut digalakkan untuk mengkaji sistem kalendar ini dan meletakkan kepercayaan bahawa kalendar ini akan memberi kebaikan dan menghilangkan kekeliruan serta berperanan sebagai simbol perpaduan umat Islam seluruh dunia.

 

4.    Kongres ini turut mencadangkan kepada Pejabat Presiden Hal Ehwal Agama Republik Turki untuk mewujudkan jawatankuasa berikut bagi merealisasikan keputusan kongres, sekaligus menawarkan:

 


 

c)    Penubuhan sebuah suruhanjaya untuk menyebarkan budaya penggunaan kalendar hijri yang diterima pakai, di samping menjalankan latihan dan usaha perhubungan awam berkaitannya.

 

CADANGAN

 

  1. 1.Kongres menasihatkan agar semua pihak sama ada pihak berkuasa dalam negara-negara Islam, individu, atau institusi yang bertanggungjawab bagi hal ehwal agama untuk mengguna pakai kalendar ini dan berusaha untuk mencipta penyeragaman dalam perkara menentukan permulaan awal bulan.

 

  1. 2.Kongres juga menjemput para pakar pembuatan kalendar dalam dunia Islam untuk mengguna pakai kalendar ini supaya keseragaman yang terhasil dapat dijadikan kayu pengukur kepada tamadun dan jati diri masyarakat Islam serta menyatukan emosi dan pemikiran mereka.

 

  1. 3.Kongres mengesyorkan umat Islam yang tinggal di negara-negara bukan Islam untuk menerima pakai kalendar ini agar wujud perpaduan dalam kalangan mereka. Umat Islam yang tinggal dalam sebuah negara yang sama adalah dilarang sama sekali untuk bertelagah dalam perkara menentukan tarikh puasa dan hari raya. Bahkan mereka seharusnya akur kepada keputusan pihak yang berautoriti seperti Majlis Fatwa dan Penyelidikan Eropah atau Pejabat Presiden Hal Ehwal Agama (Diyanet) di Turki sebagaimana saranan Nabi Muhammad SAW dalam sabda Baginda: “Hari kamu berpuasa adalah hari apabila kamu semua berpuasa, hari kamu berhari raya adalah hari apabila kamu semua meraikan hari raya bersama-sama, dan hari kamu berkorban (menyembelih haiwan) adalah hari apabila kamu semua menjalankan acara korban bersama-sama”.

 

  1. 4.Kongres mengesyorkan agar Majlis Fatwa dan Penyelidikan Eropah dan Pejabat Presiden Hal Ehwal Agama (Diyanet) Turki menjadi tempat rujukan dan sumber rasmi kepada golongan minoriti umat Islam yang tinggal di negara Barat di dalam isu saintifik dan keagamaan bagi membentuk dan menyemai perpaduan dalam kalangan masyarakat Islam di Eropah, memelihara keamanan dan membendung kekeliruan dan pembalahan mengenai tarikh peristiwa penting dalam Islam dan juga penentuan awal bulan Hijri.

 

  1. 5.Kongres turut mencadangkan supaya Pejabat Presiden Hal Ehwal Agama (Diyanet) Turki membentangkan cadangan penggunaan kalendar tersebut kepada Ketua Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), sekali gus menarik minat dan perhatian seluruh negara Islam agar kalendar tersebut dapat diterima pakai dan menjadi takwim rasmi bagi semua negara Islam di seluruh dunia.

Muzakarah Falak JAKIM 2013

Muzakarah Falak 2013 anjuran Jabatan Mufti Negeri Pahang dengan kerjasama Jakim telah diadakan pada 27 hingga 29 Ogos 2013 di Hotel M.S. Garden Kuantan Pahang. Hampir 100 orang peserta telah hadir terdiri daripada ahli Jawatankuasa Teknikal Kalendar Islam Jakim, wakil Jabatan Mufti Negeri-Negeri, wakil Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, wakil Institut Pengajian Tinggi Awam dan badan bukan kerajaan yang terlibat dalam bidang falak di Malaysia.
 
Sebanyak lapan kertas kerja telah dibentangkan dalam muzakarah kali ini. Antaranya:
  1. Kajian Waktu Solat Bangunan Tinggi.
  2. Kesan Ketinggian Terhadap Penentuan Waktu Solat.
  3. Faktor-Faktor Pertimbangan Dalam Kajian Waktu Solat Bagi Bangunan Tinggi.
  4. Kesan Kedalaman Terhadap Penentuan Waktu Solat.
  5. Kajian Arah Kiblat Kubur Negeri-Negeri.
  6. Hukum Menentukan Semula Arah Kiblat Kubur dan Jenazah.
  7. Kaedah Hitungan Tempoh Enam Bulan Dua Lahzah Mengikut Takwim Hiri Untuk Penentuan Status Sah Nasab.
  8. Metodologi Kajian Penentuan Masuknya Fajar Sadiq dan Hilangnya Syafaq Ahmar.
Muzakarah telah dirasmikan oleh YB Tuan Syed Ibrahim bin Syed Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Dakwah dan Tugas-Tugas Khas Negeri. Majlis penutup telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Haji Razali bin Shahabudin, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan), Jakim.
 
Beberapa orang exco dan ahli Persatuan falak Syari Malasyia telah hadir sebagai peserta dan juga pembentang kertas kerja. Diantaranya adalah:
 
Tn Syed Kamarulzaman yang membentangkan kertas kerja mengenai ' Metodologi Kajian Penentuan Masuknya Fajar Sadiq dan Hilangnya Syafaq Ahmar'. 
Dr Ibnor Azli, Prof Madya Dr Abdul Halim, Dr Azhari Mohamad dan  Dr Saadan juga membentangkan jkertas kerja.
Turut hadir adalah Hj Kassim Bahali, Dr Razwan.
 
Satu resolusi telah dikeluarkan selepas Muzakarah itu dan beberapa cadangan yang dikemukan oleh pembentang dan peserta daripda Persatuan telah dimasukkan sebagai resolusi Muzakarah.
 
Mesyuarat Exco juga telah diadakan pada ketika Muzakarah dengan kehadiran Sdr Wan Johan bersama beberapa orang ahli exco yang lain.

Sahibus Samahah Mufti Negeri Sembilan Dilantik Ahli Kehormat Persatuan

Y.B. S.S. Dato' Hj. Mohd Murtadza b. Hj. Ahmad,DSNS,PMC,PJK, Mufti Negeri Sembilan, telah dilantik sebagai ahli kehormat Persatuan Falak Syar'i Malaysia pada13hb Rejab 1429/16 Julai 2008.

  

Sijil keahlian itu telah disampaikan oleh Tn Syed Kamarulzaman, Yang DIpertua Persatuan dalam kunjungan hormat Persatuan ke Pejabat Mufti Negeri Sembilan.

 

 

DSC03038

Read more: Sahibus Samahah Mufti Negeri Sembilan Dilantik Ahli Kehormat Persatuan

You are here: Home All Articles Uncategorised