Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel

Tandatangan Surat Hasrat Kerjasama dalam Bidang Falak

Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Persatuan Falak Syar’i Malaysia Tandatangan Surat Hasrat Kerjasama dalam Bidang Falak

 

 

Pada 20 April 2017 bersamaan 23 Rejab 1438H yang lalu, sebuah Majlis Menandatangani Surat Hasrat (LoI) Antara Fakulti Pengajian Islam, UKM dan Persatuan Falak Syar’i Malaysia (PFSM) telah diadakan. LoI tersebut ditandatangani oleh Dekan Fakulti Pengajian Islam UKM, Prof. Dr. Wan Kamal Mujani dan Yang Dipertua PFSM, Tuan Syed Kamarulzaman Syed Kabeer. Majlis tersebut telah disaksikan oleh Ketua Jabatan Syariah FPIUKM, Dr. Mat Noor Mat Zain dan Timbalan Yang Dipertua PFSM, Dr. (H) Kassim Bahali. Menerusi kenyataan bersama, kedua-dua pihak menyedari manfaat besar yang boleh diperoleh hasil jalinan kerjasama dalam bidang falak.

 

Kenyataan bersama itu menyatakan kedua-dua pihak mengakui kepentingan merangka program pembangunan pendidikan dan penyelidikan bersama dalam bidang falak. Kerjasama PFSM dan Fakulti Pengajian Islam, UKM sebagai rakan strategik dalam bentuk satu pelan kerjasama yang konstraktif ini dirancang bagi melaksanakan program-program meliputi penganjuran persidangan, seminar, kursus, bengkel, wacana dan sebagainya dalam usaha merealisasikan matlamat PFSM untuk memasyarakatkan ilmu falak di Malaysia.

 

Di samping itu, turut diadakan sempena LoI tersebut sebuah Wacana Perdana Astrofiqh & Kosmofiqh 2017 yang dibarisi oleh dua orang ahli panel jemputan, iaitu Tuan Syed Kamarulzaman Syed Kabeer dengan tajuk ‘Persatuan Falak Syar’I Malalaysia: Tiga Dekad Mendukung Tradisi Sains Islam’ dan Prof. Madya Dr. Ibnor Azli Ibrahim dengan tajuk ‘Pembangunan Pendidikan dan Penyelidikan Falak Persatuan Falak Syar’i Malaysia’.

40 (Small)

 47 (Small)

 

Read more: Tandatangan Surat Hasrat Kerjasama dalam Bidang Falak

KURSUS PENENTUAN ARAH KIBLAT

Oleh: Sh Shazwani Syed Mohamed & Rosmaimunah Hj Yahya Zikri

 

Alhamdulillah thumma alhamdulillah,

Buat pertama kalinya bagi tahun 2015 pada 14 Mac 2015 bersamaan 23 Jamadil Awal 1436H, Persatuan Falak Syar’i Malaysia (PFSM) telah mengadakan kursus di pejabat sendiri iaitu di Akademi Falak Malaysia yang terletak di Bangi berhampiran dengan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS). Hari Ahad yang lalu, telah berlangsungnya Kursus Penentuan Arah Kiblat yang disampaikan oleh Yang Dipertua PFSM, Tuan Syed Kamarulzaman Syed Kabeer.

Kursus ini telah mendapat sambutan diluar jangkaan dimana dihadiri oleh 46 orang peserta terdiri daripada orang awam, mahasiswa universiti daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) serta dua orang peserta dari Indonesia.

Antara pengisian kursus ini ialah pengenalan awal mengenai sejarah ilmu falak, teori pengiraan arah kiblat dan yang paling menarik ialah praktikal menggunakan tongkat istiwa’ yang dibuat sendiri oleh para peserta. Kursus diakhiri dengan penyampaian sijil penyertaan kepada peserta oleh Timbalan YDP PFSM, Dr Ibnor Azli.

Terima kasih dan tahniah diucapkan buat peserta yang hadir dan tidak dilupakan juga urusetia-urusetia yang terlibat bagi menjaya program Kursus Penentuan Arah Kiblat. Semoga Allah sentiasa memberkati dan memudahkan perjalanan PFSM dalam menyebarkan ilmu di masa hadapan.

 

 

Sesi pendaftaran peserta

Kursus sedang di kendalikan oleh Tn Syed Kamarulzaman

 

 

Peserta kursus terdiri daripada pelajar muda dan berumur

Sdr Razlan Ahmad sedang menjalankan latihan mencari arah qiblat dengan tongkat istiwa

Sdr Nazrin sedang menunjukkan bahagian kompas

Praktikal kegunaan Tonkat istiwa

Dr Ibnor Azli, Naib YDP PFSM sedang menyampaikan sijil kepada peserta

Gambar kenangan

YB Dato Seri Jamil Khir Penaung Persatuan

Pada 5 Safar 1432H bersamaan 10 Januari 2011 yang lalu satu kunjungan hormat Ke Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom dibuat oleh Ahli-Ahli Jawatankuasa Persatuan Falak Syar'i Malaysia.

Rombongan Persatuan terdiri daripada YDP, Tn Syed Kamarulzaman, Setiausaha, Dr Kassim Bahali, Bendahari Dato Wan Abdullah Ahmad, AJK iaitu Dr Ibnor Azli, Ust Zakaria Mustaffa, Abdul Rahonny dan Sdr Wan Johan.

Pertemuan itu merupakan pertemuan yang pertama diantara Persatuan dan YB Menteri dimana Persatuan telah diperkenalkan kepada YB Menteri. 

Persatuan juga telah memaklumkan kepada YB Menteri mengenai projek Persatuan iaitu pembinaan sistem "Waktu Solat atas Pesawat". YB Menteri memberikan respons yang sangat positif dan beliau akan memberikan sokongan kepada Persatuan untuk melaksanakan projek itu.

Alhamdullilah, YB Menteri telah berkenan perlantikan sebagai Ahli Kehormat Persatuan  dan menjadi Penaung kepada Persatuan falak Syar'i Malaysia.

 100_0008

 

Muktamar 2013

Kepada:
 
Semua Ahli Persatuan Falak Syar’i Malaysia
yang dihormati dan dirahmati Allah
 
 
Salam,
 
MUKTAMAR SANAWI PERSATUAN FALAK SYAR’I  MALAYSIA TAHUN 2013
 
Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Persatuan Falak Syar’i Malaysia (PFSM) akan mengadakan Muktamar Sanawi tahun 2013 seperti berikut:-
 
                                       Tarikh    : 15 Zulhijjah 1434H/ 20 Oktober 2013 (Ahad)
 
                                       Masa      : 12.00 tengahari
 
                                       Tempat : Dewan Kuliah 1, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi.
 
 
3.       Dengan ini dilampirkan bersama notis muktamar dan tentatif ringkas  untuk makluman dan tindakan pihak Dato’/tuan/puan selanjutnya. 
 
4.       Sebarang urusan mengenai program diatas bolehlah diajukan terus kepada  saya, Sharifah Shazwani, Urusetia Muktamar PFSM, melalui 013-3186534   atau  fax: 03-7710 4025 atau emel   This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. .
 
5.       Kerjasama dan kehadiran Dato’/tuan/puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
 
 
Sekian, wasalam.

Read more: Muktamar 2013

Jualan Produk Persatuan

Persatuan dalam prosess untuk menyediakan bahan ilmu falak syar'i untuk ahli dan peminat ilmu falak.

Read more: Jualan Produk Persatuan

Subcategories

You are here: Home All Articles Hal Persatuan