Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel

Bulan Paling dekat Dengan Bumi

Kehadiran Bulan purnama pada malam hari menjadikan suasana malam menjadi  indah dan menarik. Melihatnya memberi ketenangan dan kedamaian kepada seseorang. Ia adalah objek langit paling dekat dengan Bumi yang diciptakan oleh Yang Maha Pencipta untuk menghiasi langit malam. Tahukah jarak diantara Bulan dan Bumi tidak sentiasa tetap. 

 

Bulan mengelilingi Bumi dalam tempoh dan jarak yang tertentu. Tempoh purata Bulan mengorbit Bumi adalah  29.53 hari. Jarak Bulan dari Bumi bergantung kepada kedudukan Bulan di orbit. Orbit Bulan mengelilingi Bumi bukan bulat tetapi dalam bentuk elip. Contoh yang mudah, bola sepak bentuknya bulat manakala bola ragbi bentuknya bujur atau elip. Bagi satu bulatan mempunyai satu titik pusat dan mempunyai jejari yang sama. Jarak diantara mana-mana titik bulatan dengan titik pusat adalah tetap. Tetapi bagi elip, mempunyai dua titik lokus dan tidak mempunyai  jejari yang  sama. Dengan hal demikian jarak di antara Bumi dan Bulan berubah-ubah semasa Bulan mengelilingi Bumi. Ada ketika Bulan berada pada jarak yang dekat dan jarak yang jauh dari Bumi. Jarak titik dekat di antara Bumi dengan Bulan dinamakan perigee dan jarak titik jauh dinamakan apogee. Setiap kali Bulan mengorbit Bumi ia akan melalui titik atau kedudukan perigee dan apogee.

Dalam tempoh satu tahun taqwim Miladi, Bulan mengorbit Bumi sebanyak dua belas kali. Ini bermakna Bulan akan melalui 12 kali perigee dan apogee dalam tempoh tersebut. Dalam tempoh satu tahun nilai jarak perigee dan apogee ini berubah-ubah bagi setiap kali ia mengorbit Bumi.  Contohnya nilai perigee dan apogee bagi orbit Jun tidak sama dengan orbit Julai 2013.  Hal ini bukan saja disebabkan oleh orbitnya yang elip tetapi juga disebabkan satah orbit Bulan condong terhadap satah orbit Bumi sebanyak 5 darjah. Jarak perigee paling dekat ialah 356,375 km dan jarak apogee paling jauh ialah 406,408km.  Jarak purata diantara Bulan dan Bumi ialah 384,408 km. Bilakah Bulan akan berada di perigee dan apogee  dalam setiap  pusingan orbit? Bulan akan berada di titik perigee dan apogee samada pada fasa  ijtimak (new moon) atau purnama. Tetapi waktu berlaku tidak tepat, mungkin beberapa jam sebelum atau selepas fasa ijtimak atau purnama. Fasa ijtimak apabila Bulan berada di antara Matahari dan Bumi dalam satu garis lurus. Fasa purnama apabila Bumi berada di antara Matahari dan Bulan.

 

Titik Perigee dan Apogee orbit Bulan

You are here: Home Teleskope Dr.Kassim Bulan Paling dekat Dengan Bumi