Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel

Syaaban berlalu, Ramadhan menjelma

Syaaban 1434 akan melabuhkan tirainya hanya beberapa jam lagi bagi memberi laluan kepada Ramadhan 1434. Ramadhan bulan yang penuh dengan rahmat dan janji kebaikan bagi orang-orang beriman.

 Fasa atau wajah terakhir Bulan Syaaban telah dapat di saksikan selepas subuh sebelum Matahari terbit di Jasin Melaka. Cukup menarik rupanya seperti bulan sabit yang halus seolah-olah memberi tahu atau isyarat kepada orang-orang beriman ia akan pergi dan mengalu-alukan kehadiran Ramadan. Hari ini (8 Julai 2013) wajah Syaaban tidak akan kelihatan kerana ia akan mengalami ijtimak pada jam 3.15 petang waktu tempatan. Walau bagaimanapun hilal Ramadan belum cukup sifat fizikalnya untuk dilihat. Ia hanya boleh dilihat pada selasa 9 Julai 2013. Ini bermakna 1 Ramadhan akan bermula pada rabu 10 Julai 2013.

Selamat melaksanakan ibadat dan mencari redha dan keampunan Allah di bulan Ramadhan yang penuh kemuliaan ini.

bulansyaaban

6.40am, 28 Syaaban 1434 / 7 Julai 2013

sabit

Bulan sabit tua Syaaban 1434, kelihatan sebelum terbit Matahari. Cuaca agak baik ketika cerapan 

sabit1

sabit2

Burung-burung berterbangan riang mengiring Bulan sabit tua Syaaban

You are here: Home Teleskope Dr.Kassim Syaaban berlalu, Ramadhan menjelma