Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel

Hujan meteor Perseids 12-13 Ogos

Ogos ini bulan umat Islam menyambut perayaan Aidilfitri. Bermula 8 Ogos umat Islam menyambut 1 Syawal 1434H. Suasana riang umat Islam merayakan Aidilfitri jelas dapat dilihat di kota dan desa sepanjang bulan ini. Malam hari ceria dengan cahaya lampu yang bergemerlapan dan percikan bunga api. Dalam suasana malam yang ceria ini di langit juga dihiasi dengan kilauan cahaya. Kilauan cahaya ini bergerak pantas melintasi langit malam. Kilauan cahaya ini sebenarnya adalah meteor yang menerjah masuk atmosfera Bumi.

 Fenomena hujan meteor berlaku pada tarikh-tarikh tertentu setiap tahun. Terdapat fenomena hujan meteor berasal dari sisa peninggalan komet yang tertentu. Setiap tahun apabila Bumi melintasi bekas laluan orbit komet ini, sisa komet akan merempuh atmosfera Bumi dan menyebabkan hujan meteor terjadi.

Ogos ini diramalkan akan berlaku hujan meteor yang dinamakan meteor Perseid. Dijangkakan mulai hujung Julai hingga ke pertengahan Ogos kita boleh melihat banyak meteor pada langit malam dan kemuncak meteor Perseid ini ialah pada tarikh 12-13 Ogos. Meteor Perseid ini berasal dari sisa peninggalan komet Swiff-Tuttle. Komet ini telah ditemui oleh dua orang ahli astronomi iaitu Lewis Swift dari Marathon, New York, USA pada 16 Julai 1862 dan Horace Parnell Tuttle dari Balai Cerap Kolej Harvard di Cambridge, Massachusetts, USA pada 19 Julai 1862. Kemudiannya komet ini dinamakan Swiff-Tuttle sempena nama dua orang penemu komet tersebut.
semasa fenomena hujan meteor kita akan dapat lihat meteor-meteor tersebut berpunca dari satu punca di langit berdekatan buruj yang tertentu. Titik punca meteor ini dinamakan radian (Radiant). Radian bagi hujan meteor Perseids berpunca dari kawasan buruj Perseus.ZHR bagi hujan Perseids tahun ini ialah 100. Ia dijangka berlaku diantara jam 13.00 UT (9.00 malam) 12 Ogos hingga 02.00 UT (8.00 pagi) 13 Ogos. Ia boleh dilihat dengan jelas bermula dari Eropah timur hingga ke Asia.Untuk memerhatikan meteor kita tidak memerlukan alat yang canggih atau teleskop dengan hanya menggunakan mata kasar sudah mencukupi.
Pada 12-13 Ogos, buruj Perseus terbit di timur selepas tengah malam. Pada jam 4.30 pagi buruj ini boleh dilihat di langit timur-laut pada altitud 30 darjah. Perhatikan langit berdekatan buruj Perseus anda akan berpeluang menyaksikan meteor bergerak laju melintasi langit. Kita boleh mengganggarkan kelajuan meteor, sebagai contoh jika meteor bergerak melintasi enam darjah di langit dalam masa setengah saat, maka kelajuannya adalah 12 darjah sesaat.
Sambil mencerap rekodkan berapa banyak bilangan meteor yang anda dapat lihat pada malam itu. Kita juga boleh merakamkan meteor ini dengan menggunakan kamera digital, jika ada kamera digital SLR lebih baik. Fokuskan kamera anda kepada infiniti dengan dedahan selama beberapa minit. Apabila meteor melintasi langit dan berjaya dirakam oleh kamera, anda akan dapati satu atau beberapa coretan cahaya yang panjang di dalam imej yang dirakam. Jangan lepaskan peluang menyaksikan dan merakamkan keindahan langit malam anugerah Ilahi ini.

perseus

Buruj Perseus

 

You are here: Home Teleskope Dr.Kassim Hujan meteor Perseids 12-13 Ogos