Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel

Fenomena Astronomi Oktober 2013

Langit malam bulan Oktober, di bahagian  utara terdapat satu kumpulan bintang atau buruj dengan lima bintang terang di dalamnya. Ia seperti huruf “W” dikenali sebagai Cassiopeia. Ia digambarkan seolah-olah seperti  seorang Ratu yang  sedang duduk di kerusi.

 

 

casseopia

 

Terdapat lima bintang di dalam buruj ini. Empat darinya bintang yang terang dengan magnitud kurang dari tiga. Bintang yang paling terang dikenali sebagai Shedar yang berasal dari perkataan Arab Al Sadr “رﺪ••ﺻ” bermaksud payudara. Mungkin itulah sebab kedudukannya selalu digambarkan di payudara ratu. Ia sebenarnya adalah bintang kembar. Bintang primernya merupakan bintang yang sangat besar berwarna oren dengan magnitud 2.2 dan jaraknya dari Bumi 228 tahun cahaya. Ia merupakan satu bintang yang sangat besar dan luminositinya 500 kali dari Matahari. Manakala pasangan bintang primer lebih malap dengan magnitud 8.9.

Bintang kedua terang dalam buruj ini dipanggil Caph atau Kaff yang berasal dari perkataan arab yang bermaksud dengan tapak tangan berinai dan magnitudnya 2.3. Ia juga merupakan bintang kuning-putih yang sangat besar dan berada pada jarak 54 tahun cahaya dari Bumi. Kedudukannya digambarkan di lengan kanan ratu.

Bintang yang ketiga terang ialah gamma Cassiopeia dengan magnitud 2.15. Ia dikenali juga dengan nama Navi sempena nama angkasawan Amerika Virgil Ivan Grissom yang diambil dari ejaan nama tengah beliau, Ivan, di terbalikkan. Beliau adalah angkasawan yang terkorban semasa penerbangan percubaan ke angkasa lepas. Trajedi malang ini berlaku ketika

beliau berusia 40 tahun pada 27 Januari 1967 di tapak pelancaran di Cape Canivaral Florida. Bintang ini adalah bintang berubah iaitu berubah kecerahannya dan terletak sejauh 610 tahun cahaya dari Bumi. Ia mempunyai sinar yang sangat kuat iaitu lebih dari 40,000 kali sinaran Matahari.

Bintang yang keempat terang adalah Ruchbah atau Al-Rukbah “ ﺔ•••••ﺒﻛر” dari perkataan Arab yang bermaksud lutut. Kedudukannya digambarkan terletak di lutut ratu. Ia adalah bintang berubah dengan warna biru-putih yang terletak sejauh 99 tahun cahaya dari Bumi. Kecerahannya berubah diantara magnitud 0.1 hingga 2.7 dalam tempoh 2 tahun 1 bulan.

Bintang kelima ialah Epsilon Cassiopeia dan tidak mempunyai nama tertentu. Ia juga merupakan bintang berubah dengan magnitud 3.3 yang terletak 440 tahun cahaya. Kecerahannya berubah diantara magnitud 6.2 hingga 4.1 dalam tempoh 320 hari. Bintang ini sebenarnya satu bintang bersaiz raksaksa yang berwarna biru-putih. Walaupun jauh tetapi mempunyai sinar yang sangat kuat lebih 500,000 kali sinaran Matahari. Bayangkan kalau ia berada lebih hamper, tentu malam hari di Bumi menjadi sangat terang. Mungkin inilah satu hikmah mengapa Allah meletakkannya jauh dari Bumi.

 

 

You are here: Home Teleskope Dr.Kassim Fenomena Astronomi Oktober 2013