Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel

Fenomena Astronomi November 2013

Komet yang dimaksudkan yang melewati Bumi dikenali sebagai ISON. Ia telah ditemui pada 21 September 2012 oleh amatur astronomi Vitali Nevaski dan Artyom Novichonok di Kislovodsk, Russia. Mereka menggunakan teleskop 0.4 meter bagi projek International Scientific Optical Network  (ISON) dan komet ini dinamakan ISON sempena projek ini. Tujuan projek ini untuk mencari objek-objek yang hampir dengan Bumi di angkasa. Semasa komet ini ditemui ia sangat malap dengan magnitude 19 dan  masih pada jarak yang jauh, sejauh planet Musytari. Komet yang dikenali dengan panggilan saintifiknya C/2012 S mempunyai saiz nukleusnya 3.2 kilometer.

 

Diantara Januari hingga Mei 2013, komet ini tidak dapat dilihat kerana masih lagi sangat malap dengan magnitude 16 dan nilai ini tidak menepati jangkaan, magnitude yang dijangkakan 14. Ia masih tidak dapat dilihat pada Mei dan tidak dapat dilihat sehingga akhir Ogos disebabkan ia tenggelam di langit senja. Semasa Ogos-September ia bergerak di dalam buruj Cancer dan mulai Oktober ia memasukki buruj Leo. Seterusnya ia berada di dalam buruj Virgo dalam bulan November dan bergerak menghampiri Matahari pada kadar 6⁰ setiap hari. Apabila ia semakin menghampiri Matahari kecerahannya semakin bertambah cerah. Ekor komet ini juga akan semakin bertambah panjang. Ini disebabkan komet menerima pertambahan tekanan sinaran Matahari mengakibatkan gas dan debu komet bergerak keluar membentuk ekor. Pada 17-18 November ia diramal berada hampir dengan bintang Spica pada jarak kurang dari 1⁰. Seterusnya pada 24-25 November ia berada hampir dengan planet Utarid dan Zuhal sebelum subuh. Ia kelihatan terang di langit Timur dan mungkin ia masih boleh dilihat menjelang siang.

Pada 25 November ia memasukki buruj Libra dan kecerahannya diramal boleh menyamai kecerahan bintang Sirius, bintang yang paling terang di langit.

Seterusnya komet ini akan bergerak memasukki buruj Scorpio dan berada kedudukan paling dekat dengan Matahari yang dinamakan perihelion pada 28 November. Jarak di antara keduanya hanya 0.012 A.U (1,166,000 km). Dengan jarak yang sangat dekat ini, komet akan menjadi sangat cerah. Berdasarkan jangkaan kecerahannya akan mencapai magnitude -12.6 dan nilai kecerahan ini menyamai kecerahan Bulan Purnama. Ini memberi peluang pencerap melihatkomet ini dengan mudah.

 

kometison

Komet ISON

You are here: Home Teleskope Dr.Kassim Fenomena Astronomi November 2013