Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel

Peta Bintang Ogos 2014

Pada 31 Ogos, hari Kemerdekaan yang ke57, pada hari ini di ufuk barat planet Zuhal dan Marikh berada berdekatan dengan bulan sabit Zulkaedah 1435. Pemandangan dapat dilihat di langit barat selepas dari Matahari terbenam. Marikh planet yang keempat dari Matahari dan kelihatan warnanya kemerahan. Planet Zuhrah kelihatan lebih cerah dari Marikh.

Langit bulan Ogos turut dihiasi dengan buruj seperti yang ditunjukkan dalam Peta Bintang Ogos 2014. Di langit Utara buruj Hercules, Cygnus, Lyra, Bootes dan Aquila menguasai langit malam bulan ini. Bintang Arcturus dalam buruj Bootes mengetuai bintang-bintang yang lain sebagai bintang yang paling terang (magnitud -0.05) di langit Utara. Bintang Vega dalam buruj Lyra mengiringi bintang Arcturus sebagai bintang yang terang di langit Utara dengan magnitud 0.03.
Buruj di langit Selatan, buruj Scorpio, Sagitarius, Centaurus dan Crux masih lagi menguasai langit Selatan. Buruj Scorpio berada tinggi di langit Selatan pada malam hari, mudah untuk mengenalinya kerana bentuknya yang menarik seperti seekor kala jengking.
Buruj Pegasus mula muncul menyertai buruj-buruj yang lain di langit Utara bulan ini manakala buruj Capricon pula muncul di langit selatan.


Jaluran galaksi Bima Sakti merentasi langit dari Barat-daya hingga ke Timur-laut dan boleh dilihat dengan mata kasar sekiranya langit tidak berawan dan tiada gangguan dari cahaya lampu atau Bulan. Ia kelihatan seperti awan nipis dan jika dilihat dengan binokular kita akan nampak bertaburan bintang-bintang yang kelihatan amat halus.

smap814
You are here: Home Teleskope Dr.Kassim Peta Bintang Ogos 2014