Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel

Fenomena Astronomi Oktober 2010


Mira : bintang berubah yang menarik

Pada malam yang  langit tidak berawan dan tiada cahaya Bulan kita akan dapat melihat banyak bintang-bintang bertaburan menghiasi langit.  Sekali pandang bintang-bintang tersebut kelihatan hampir sama seperti satu titik cahaya ada yang terang dan ada yang malap. Sebenarnya bintang-bintang tersebut tidak sama, ada yang berbeza dari saiznya, ada yang berbeza dari kecerahannya, ada yang berpasangan dan berganda. Oleh yang demikian, ahli-ahli astronomi telah mengkategorikan bintang-bintang  di langit dalam beberapa kategori  diantaranya ialah bintang berubah (variable star). Bintang berubah ialah bintang yang mempunyai kecerahan yang sentiasa berubah dari semasa ke semasa. Perubahan kecerahan ini mungkin mengambil masa beberapa hari, minggu, bulan atau tahun. Perubahan kecerahan bintang ini boleh diperhatikan dengan membuat perbandingan dengan bintang yang berhampiran yang kecerahannya mantap dan tidak berubah.

Kecerahan bintang  tersebut berubah dari sebuah bintang yang cerah akan berkurang kecerahannya sehingga menjadi malap dan tidak dapat dilihat dalam tempoh mungkin beberapa hari, minggu, bulan atau tahun. Bintang berubah yang pertama ditemui ialah Mira, bintang bersaiz besar dan berwarna merah dalam buruj Cetus. Ia ditemui oleh David Fabricus (1564-1617) ahli astronomi amatur Belanda. Kecerahan bintang ini berubah dari paling cerah dengan magnitud 2.0  beransur-ansur menjadi malap dan akhirnya  tidak dapat dilihat  pada magnitud 10.1. Perubahan kecerahan bintang ini  mengambil masa secara purata 332 hari. Perubahan kecerahan ini disebabkan pengembangan dan penguncupan saiznya serta kehilangan jisim akibat ketidakstabilan bintang tersebut. Ini adalah menandakan bintang ini sedang menghampiri akhir hayatnya. Pengembangan saiz bintang ini sehingga menyamai jarak  orbit Bumi-Matahari.  Ini bermakna jika ada planet mengorbit bintang ini, ia akan ditelan oleh Mira.

 

Mana-mana bintang merah yang bersaiz besar  yang mengalami perubahan kecerahan yang sedemikian dan tempoh perubahan kecerahannya melebihi 100 hari, dikategorikan sebagai bintang berubah Mira sempena bintang berubah yang pertama ditemui.

 Pada bulan ini  kita berpeluang untuk mencerap bintang Mira di dalam buruj Cetus.  Jika kita perhatikan buruj ini dengan menggunakan binokular, Mira kelihatan berwarna merah dan kecerahannya kali ini dengan magnitud 6.4. Ia adalah bintang dedua yang terletak sejauh 420 tahun cahaya dari Bumi. Buruj Cetus merupakan buruj yang besar dan digambarkan seperti seekor ikan paus. Ia meliputi kawasan langit yang luas hingga ke sempadan buruj Pisces,  Aries dan berhampiran dengan garisan Ikliptik iaitu laluan Matahari. Planet-planet yang mengelilingi Matahari juga turut melalui buruj ini.  Bintang Mira ini terbit di timur pada jam 22:45 malam pada awal bulan ini, dan berada tinggi di langit selepas tengah malam.  Pada jam 11.00 malam, 23 haribulan, kita boleh mengetahui kedudukan Mira dalam buruj Cetus lebih mudah kerana pada waktu tersebut bulan purnama berada dalam buruj Aries. Bintang Mira  berada di sebelah kanan Bulan pada sudut pisahan 20 darjah dengan Mira.

  mira

 

Bulan ini planet Musytari masih lagi menguasai langit bulan ini selepas bulan September ia mengalami Istqbal dan yang paling hampir dengan Bumi dalam tempoh 12 tahun. Ia boleh dilihat sepanjang malam dan berada di tengah langit pada tengah malam. Diawal bulan, ia terbit di timur jam 18:20 dan diakhir bulan, jam 16:15. Planet ini akan berada di tengah langit pada jam 00:20 dan 22:15 di awal dan akhir bulan masing-masing.

 

mira_insky

 

You are here: Home Teleskope Dr.Kassim Fenomena Astronomi Oktober 2010