Rukyah dan hisab hanya wasilah bukan ghayah

Category: Solar System Published: Friday, 03 September 2010
Ini adalah soalan mengenai Hisab & Rukyat yang diterbitkan oleh Harakah  13-16 Ramadan 1431/23-26 Ogos 2010 yang ditujukan kepada Dato Dr Haron Din.                        

 

DATO', kita mula berpuasa dan barhari raya melalui melihat anak bulan. Apakah rukyah itu itu mutlak dan tidak boleh ditukarkan dengan hisab. Di zaman serba eanggih ini, tidakkah hisab falaqi lebih tepat berbanding dengan rukyah yang kadang kala tersasar dan bulan terlindung. Mengapa tidak diamalkan hisab sahaja. Apa pandangan Dato'?

MOHD BAKI ABDUL SAMAD Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur

 

K ITA beribadah mengikut perintah Allah. Berpuasa dan berhari raya pun demikian juga. Perihal memulakan puasa dan ber­hari raya, sememangnya ada nas- nas syarak yang sahih, yang menyebut seeara umum, berpuasalah 'apabila ternampak anak bulan '(Ramadan) dan 'berhari rayalah apabila ternampak anak bulari (SyawaI).

Di atas itulah, rata-rata umat Islam, di mana sahaja,melaksanakan ibadah tersebut, mengikut cara tradisi sejakzaman Nabi Besar Muhammad s.a.w, sehingga ke hari ini. Lebih-lebih lagi di Timur Tengah, di Arab Saudi dan sebagainya, mereka menggunakan rukyah. .

  • Melihat anakbulan yang disebut rukyah, adalah sabit atas suruhan Nabi Muhammad s.a.w, seperti hadis daripada Abu Hurairah, Nabi bersabda (mafhumnya):

"Berpuasalah setelah kelihatan anak.bulan dan berbukalah (hari raya), setelah kelihatan anak bulan. Sekiranya anak bulan terlindung, maka sempurnakan bulan itu (Syaaban, 30 hari):' - Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Ada hadis yang kedua daripada Ibnu Umar yang juga sahih, Rasulullah s.a.w bersabda (mafhumnya):       

"Sekiranya anak bulan terlindung, maka kamu takdirkanlah dia (ada atau tidak ada)"

Ertinya ada dua hadis yang berbeza tetapi amat signifikan.

Kedua-duanya memberi erti, ada yang perlu digenapkan 30 hari sebulan dan ada yang disebut takdirkanlah ia sama ada, ia ada atau tidak.

Yang ada isyarah kepada boleh ditentukan anak bulan itu melalui hisab.

Sebab yang genapkan anak bulan itu 30 hari disebut oleh Nabi Muhammad s.a.w dengan sabdanya (mafhumnya):

"Kami adalah umat ummiy (tidak pandai membaca dan menulis) bulan Islam itu kadang ­kadang 29 hari, kadang-kadang 30 hari"

 Oleh kerana itu fukaha Islam dari dahulu hingga sekarang, tidak pernah selesai mem­bicarakan permasalahan ini, sama ada boleh menggunakan hisab semata-mata atau hisab yang digandingkan dengan rukyah.


Ertinya hisab dipakai, rukyah juga diguna pakai. Yang menggunakan rukyah atau hisab, dua-dua ada sandarannya.

Jika kita renung akhiran ayat hadis tersebut, mesti kita dapat rasakan bahawa RasuluUah menyebut sesuatu yang mesti menjadi bahan keputusan sama ada rukyah atau hisab.

Saya ingin rnenarik perhatian pembaca, mengenai perintah syarak juga, bersabit tentang waktu solat.

Rasulullah s.a.w menjelaskan supaya kita melihat waktu solat dengan melihat kepada bayang-bayang dari matahari atau melihat matahari ketika terbenamnya, atau melihat fajar ketika. menyinsingnya. Seperti sabit daripada Abu Musa al-Ashaari r.a dan diriwayatkan oleh sahih Muslim.

Namun, umat Islam kita menunaikan solat tanpa melihat kepada matahari atau mega merah waktu maghrib atau fajar waktu subuh.

Keseluruhannya hanya melihat mengikut kiraan jam. Mengapa? Kerana jam menunjukkan waktu solat yang betul tanpa-ragu-ragu.

Ertinya digunakan hisab untuk menentukan waktu solat, tanpa melihat matahari. Dan tidak. ada yang membantah berbuat demikian, sedangkan hadis sahih dari Rasulullah s.a.w, Baginda menyuruh melihat matahari bukan melihat jam.

Jam tidak ada di zaman Nabi. Demikian juga hisab falak. Zaman Nabi hisab falak tidak benar ­benar boleh memberi jawapan tepat dan pasti. Malah boleh dikatakan tidak ada.

Yang ada hanya kiraan rambang, seperti menggunakan ilmu bintang. Oleh kerana itu pada ketika itu Rasulullah s.a.w menyuruh umatnya melihat kepada matahari. Itu yang lebih difahami dan dihayati.

  • Maka dengan sebab itu dalam hadis di atas Rasulullah s.a.w menyebut dengan jelas perkataan ummiy. Di waktu itu anak bulan boleh dilihat dengan mata kasar.

Demikian juga melihat anak bulan pada waktu ini umat Islam masih ramai yang ragu dengan hisab falak. Masih ada persoalan betul atau tidak. .

Bagi yang bear-benar mahir tentang ilmu tersebut, mereka yakin bahawa hisab falak adalah tepat. Sama dengan jam menentukan waktu solat.

Maka mereka beribadah menurut apa yang diyakini. Maka ada negara yang beramal dengan hisab sahaja. Selagi pengetahuan mengenai hisab ini tidak dikuasai oleh umat Islam, khususnya yang berkuasa menentukan perihal puasa sama ada menurut hisab atau rukyah, maka selama tu cara tradisi tadi akan terus berlaku.

Walau apapun, harus diterima hakikat bahawa Islam tidak bercanggah dengan. sains moden. Penemuan sains moden yang benar ­benar hakiki termasuk hisab, tidak pernah bercanggah dengan Islam.

Rukyah adalah salah satu daripada cara menentukan anak bulan. la adalah wasilah, bukan ghayah.

Hisab juga suatu wasilah bukan ghayah. Ghayahnya atau penentuannya ada atau tidak anak bulan itu di atas ufuk selepas terbenam matahari pada akhir sesuatu bulan.

Maka kerana itu, apabila hisab dapat me­nunjukkan secara pasti bahawa anak bulan bukan sahaja wujud. Tetapi ada dipanggiil 'imkaannur rukyah' (berkemungkinan kelihatan) tetapi dapat dilihat.

Atas itulah maka Nabi menyebut 'takdurulah' (kamu takdlrkannya)' atau yang lebih hampir dengannya, kamu yakinlah ia wujud dengan hisab falak.

Inilah yang berlaku di kalangan umat Islam hari ini. Kita dapat meliliat secara pasti, penentuan anak bulan di Malaysia, umumnya ditentukan secara hisab, di samping rukyah, hanya sebagai pembantu sahaja. Wallahua'lam.

 

Dato Dr Haron Din,

 



Hits: 4199