.
14 Shaaban 1444H bersamaan 7 Mac 2023 (Selasa) –
Persatuan Falak Syar’I Malaysia (PFSM) dengan kerjasama bersama Adab Youth Garage (AYG) telah mengadakan Program Jom Kembara Angkasa Siri 1 di Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Masjid Tanah, Melaka. Program ini disertai oleh 40 orang pelajar sekolah menengah dari perumahan PPR Seksyen 16 dan 26 Shah Alam, Selangor.
Program yang berlangsung selama satu hari itu bermula dari jam 10.30 pagi sehingga jam 10.30 malam. Pelbagai pengisian program yang telah direncanakan oleh pihak penganjur dan juga pihak Balai Cerap Al-Khawarizmi sendiri.
Antaranya ialah taklimat ringkas, tayangan video 2D dan 3D, lawatan galeri falak, self-explorace, simulasi cerapan hilal, ceramah maghrib dan juga cerapan bulan penuh.



