BENGKEL JAM SURIA DI UKM
Satu bengkel pengenalan kepada Tongkat Istiwa dan Jam Suria telah diadakan pada 23hb Mei di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Bangi Selangor.
Bengkel sehari itu telah dihadiri oleh seramai 50 orang pelajar daripada UKM dan Universiti Sains Islam (USIM). Bengkel yang telah kendalikan oleh Tn Syed Kamarulzaman (YDP) PFSM di rancangkan oleh Dr Ibnor Azli, Pensyarah Kanan Jabatan Syariah Fakulti Pengajian Islam UKM.
Bengkel sehari itu telah mendedahkan teori, penghisaban, kegunaan dan pembuatan alat Tongkat istiwa dan Jam Suria. Jam Suria yang di bincangkan adalah jenis KhatulIstiwa, Mengufuk dan Tega. Jensi waktu yang dapat dibacakan daripada jam suria saperti Waktu Ketara tempatan dan Waktu Piawai Malaysia dibincang.
