Perisan laman web mymuwaqqit telah dibangunkan oleh Persatuan Falak Syar’i Malaysia pada tahun 2015 untuk memudahkan musafir Muslim mendapatkan waktu solat dalam penerbangan komersial.
Ianya telah dibangunkan dengan kerjasama Malaysia Airline System, Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI) dan mendapat pengesahan JAKIM.
Persatuan ini dalam proses untuk membangunkan aplikasi mobile mymuwaqqit bagi IOS dan Android untuk telefon pintar. Ianya akan menjadi satu aplikasi lengkap bagi musafir Muslim. Ciri yang dirancangkan adalah waktu solat atas penerbangan, waktu di destinasi dan tempat berlepas, arah kiblat, lokasi masjid, lokasi restoran halal, hotel Muslim friendly dan lain lain.
Untuk mendapatkan waktu solat diatas penerbangan, Sila layari:



MIZWALAH TAHA MENDAPAT ANUGERAH BRITISH SUNDIAL SOCIETY
Alhamdullilah, Mizwalah Taha mendapat anugerah British Sundial Society

Anugerah Persatuan Jam Matahari British ini diberikan kepada jam matahari yang cemerlang yang dihasilkan dalam tempoh tahun 2016- 2020.
Mizwalah Taha ini disebutkan sebagai yang paling hebat diantara yang dipersembahkan untuk anugerah ini.
Setakat ini Mizwalah TaHa telah mendapat liputan dalam majalah German Chronometery Society , summer 2018, North America Sundial Society Compendium Mar 2019. Kini dalam British Sundial Society Bulletin June 2021 dengan anugerah.
